More

    Apple AirPods Pro 3 dilancar: ANC diperbaharui, bateri 10 jam, rating IP57 berharga RM999

    Selain melancarkan siri iPhone baharu pada hari ini, Apple turut memperkenalkan fon telinga wayarles Apple AirPods Pro 3. Ciri utama pada fon telinga ini adalah ia didatangkan dengan prestasi pembatalan hingar aktif (ANC) yang dipertingkatkan sebanyak dua kali ganda berbanding AirPods Pro 2, hasil daripada bentuk ear tips yang baharu serta teknologi diperbaharui.

    Baterinya pula boleh bertahan sehingga lapan jam jika ANC dihidupkan, lebih lama sebanyak 33% berbanding AirPods Pro 2. Jika anda gunakan mod telus (transparency mode) untuk memudahkan pendengaran persekitaran anda, baterinya boleh bertahan sehingga 10 jam.

    Untuk bantu mereka yang mempunyai masalah pendengaran, ia mempunyai fungsi Hearing Aid yang akan meningkatkan tahap volume sewaktu berbual dengan orang lain.

    Ia juga mempunyai pengukur degupan jantung untuk menjejak lebih 50 jenis senaman melalui aplikasi Fitness dalam iOS. Pengguna juga akan mendapat akses kepada Workout Buddy oleh Apple yang akan mengukur data senaman dan jana data peribadi untuk sesi senaman anda.

    Selain itu, ia mempunyai rating kalis air IP57 untuk penggunaan dalam situasi basah. Ia juga mempunyai fungsi penterjemahan Live Translation yang dikuasakan oleh Apple Intelligence bagi memudahkan anda berbual dengan orang yang menutur bahasa berlainan. Jika anda berbual dengan orang yang tidak mempunyai AirPods Pro 3, anda boleh gunakan iPhone untuk tunjukkan teks yang menterjemah percakapan anda.

    Fungsi Live Translation juga boleh digunakan bersama AirPods 4 dan AirPods Pro 2, yang kemudian dihubungkan dengan iPhone yang mempunyai Apple Intelligence dan sistem operasi iOS 26. Setakat ini, ia menyokong Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Portugis dan Sepanyol. Dalam masa terdekat, ia akan diluaskan kepada bahasa Itali, Jepun, Korea dan Cina.

    Apple AirPods Pro 3 akan dijual di Malaysia pada harga RM999. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured