CIMB Bank mengumumkan bahawa akan berlaku gangguan sementara pada perkhidmatan terminal layan diri hujung minggu ini susulan kerja-kerja penyelenggaraan sistem. Gangguan tersebut akan melibatkan mesin ATM, MEPS dan mesin deposit tunai (CDM).
Menurut notis rasmi, gangguan pada hari Sabtu, 13 September 2025 akan bermula pada jam 12.01 tengah malam dan dijangka selesai pada jam 8.00 pagi. Manakala pada hari Ahad, 14 September 2025 pula, gangguan akan berlaku dari jam 12.01 tengah malam sehingga 5.00 pagi.
Sepanjang tempoh ini, pelanggan tidak dapat menggunakan mesin berkenaan untuk sebarang transaksi tunai. Namun, perkhidmatan lain termasuk perbankan dalam talian CIMB Clicks dan aplikasi CIMB OCTO dilaporkan beroperasi seperti biasa tanpa gangguan.
CIMB menasihatkan para pelanggan supaya merancang urusan kewangan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh penyelenggaraan berkenaan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: CIMB







