More

    Pengguna percuma Spotify kini boleh menikmati kawalan penuh dengan ciri baharu

    Spotify kini memperkenalkan pengalaman baharu untuk pengguna percuma dengan menambah beberapa ciri inovatif yang memberi lebih kebebasan dan kawalan dalam mendengar muzik serta kandungan audio. Perubahan ini membolehkan jutaan pendengar menikmati cara baharu mendengar lagu kegemaran walaupun tanpa melanggan Premium.

    Antara ciri utama ialah Pick & Play dan Search & Play yang membolehkan pengguna memilih dan memainkan lagu tertentu secara terus daripada aplikasi berbeza dengan sebelum ini yang lebih terhad kepada mod shuffle. Melalui fungsi Share & Play, lagu yang dikongsi menerusi media sosial atau aplikasi pesanan kini boleh dimainkan serta-merta oleh pengguna percuma.

    Selain itu, pengguna percuma juga boleh memperibadikan senarai main mereka dengan reka bentuk muka hadapan sendiri termasuk gambar, warna, teks dan elemen grafik unik. Ciri ini diperkenalkan di lebih 128 pasaran global. Turut ditambah baik ialah ciri daylist iaitu senarai main yang berubah mengikut corak pendengaran harian.

    Spotify turut mengekalkan beberapa had untuk memastikan keseimbangan antara pengguna percuma dan Premium. Sebagai contoh, pengguna percuma masih terikat dengan had skip serta kuota mendengar on-demand harian. Apabila had dicapai, pengalaman kembali kepada mod shuffle seperti biasa.

    Untuk ciri eksklusif seperti audio berkualiti tinggi, AI Playlist dan Mix, ia kekal hanya untuk pelanggan Premium. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Spotify

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured