More

    Xiaomi lancar bantal leher pintar dengan fungsi urut, pemanasan dan sambungan telefon

    Xiaomi telah melancarkan Mijia Smart Neck Pillow Massager iaitu sebuah bantal leher pintar yang direka untuk memberikan urutan yang boleh disesuaikan sambil menawarkan sokongan ergonomik pada bahagian leher. Ia menggunakan fabrik lembut dengan sarung boleh ditanggalkan dan dibasuh serta struktur sokongan 3D lima zon yang mengikut bentuk semula jadi tulang belakang serviks bagi mengagihkan tekanan dengan lebih sekata.

    Peranti ini dilengkapi dua kepala urut dengan motor tanpa berus dengan bunyi yang rendah (sekitar 45 dB) yang meniru gerakan tangan manusia seperti menolak, menarik, menekan, memutar dan menguli. Ia menyokong putaran ke depan dan ke belakang serta tiga tahap intensiti. Selain itu, terdapat fungsi pemanasan ala SPA dengan sensor NTC terbina yang memastikan haba stabil dan sekata di seluruh bahagian leher.

    Pemanasan kawasan luas ini membantu mengurangkan kekakuan otot serta meningkatkan peredaran darah. Pengguna boleh mengawal bantal urut ini melalui aplikasi Mi Home dengan sambungan pantas menggunakan NFC. Terdapat enam mod urut sedia ada dan tiga mod tambahan yang boleh diubah suai, termasuk tetapan masa dan intensiti mengikut keselesaan. Ia juga menawarkan mod untuk urut pantas atau sesi lebih lama.

    Dengan bateri terbina, bantal ini boleh digunakan sehingga 100 minit berterusan. Produk ini dijual pada harga runcit 369 yuan (~RM239). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured