More

    DJI Mini 5 Pro dilancar: Sensor 1 inci 50MP, rakaman 4K/60 HDR dan bateri sehingga 52 minit bermula ~RM3,962

    DJI hari ini melancarkan DJI Mini 5 Pro iaitu generasi baharu dalam siri Mini yang hadir dengan peningkatan besar daripada segi kamera, keselamatan dan ketahanan bateri. Menariknya, ia menjadi dron mini pertama dalam kelasnya yang dilengkapi sensor 1 inci 50MP dan berkeupayaan rakaman lebih jelas dalam cahaya rendah serta butiran imej yang lebih terperinci.

    Mini 5 Pro menyokong video 4K/60 HDR dengan sehingga 14 stop dynamic range selain mampu menghasilkan 4K/120fps dalam gerak perlahan. Pengguna juga boleh merakam dalam format profesional seperti D-Log M dan HLG dengan sokongan 10-bit H.265 untuk fleksibiliti pasca produksi.

    DJI turut melengkapkan gimbal tiga paksi dengan putaran roll 225° dan mod rakaman menegak sesuai untuk kandungan media sosial tanpa perlu crop. Fungsi pintar seperti MasterShots, QuickShots, Time-lapse, Spotlight dan waypoint masih ditawarkan yang membolehkan pengguna menghasilkan rakaman sinematik dengan lebih mudah.

    Mini 5 Pro hadir dengan sistem pengesanan halangan penuh (omnidirectional obstacle sensing) melalui gabungan sensor LiDAR, lensa fisheye hadapan dan belakang, sensor infra-merah serta kamera penglihatan bawah. Ia juga menyokong L1+L5 dual-band GNSS dan ciri non-GNSS RTH yang menggunakan pemetaan visual masa nyata ketika isyarat satelit terganggu.

    Teknologi ActiveTrack 360° turut dipertingkat untuk penjejakan lebih tepat. Bateri juga menerima naik taraf besar. Dengan bateri standard, drone ini boleh terbang sehingga 36 minit manakala Intelligent Flight Battery Plus membolehkan penerbangan mencecah 52 minit. Mini 5 Pro menyokong pemindahan fail Wi-Fi 6 sehingga 100MB/s.

    Harga rasmi DJI Mini 5 Pro ialah €799 (~RM3,962) manakala DJI Mini 5 Pro Fly More Combo (DJI RC-N3) berharga €999 (~RM4,954) dan DJI Mini 5 Pro Fly More Combo (DJI RC 2) berharga €1129 (~RM5,599) dengan ketersediaan global melalui kedai rasmi DJI dan pengedar sah.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: DJI

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured