Selain melancarkan siri telefon pintar realme 15 Pro 5G pada hari ini, realme turut memperkenalkan dua peranti boleh pakai baharu iaitu jam tangan pintar realme Watch 5 dan fon telinga wayarles realme Buds T200.
realme Watch 5
Jam tangan pintar ini dilengkapi skrin AMOLED berukuran 1.97 inci dengan kecerahan puncak 600 nits dan sempadan bezel nipis, manakala untuk muka jam pula terdapat lebih 300 pilihan.
Rekaannya terdiri daripada penutup kaca rata 2D, pelaras fungsi aloi aluminium dan badan logam dengan lubang pembesar suara serta menyokong rating kalis air IP68.


Untuk pengemudian dan penjejakan sewaktu bersukan, ia mempunyai GPS dengan sokongan lima sistem GNSS yang boleh menjejak laluan larian, pendakian dan berbasikal tanpa memerlukan telefon pintar.
Ia menyokong lebih 108 mod sukan dan mempunyai pelbagai fungsi ukuran kesihatan seperti seperti kadar denyutan jantung, paras oksigen darah, tidur, tekanan, serta kesihatan wanita. Apabila digabungkan dengan aplikasi realme Link, ia boleh menganalisis data kesihatan dengan terperinci melalui 10 metrik utama.
Baterinya yang berkapasiti 460mAh mampu menawarkan penggunaan sehingga 20 hari jika mod penjimatan tenaga dihidupkan. Jika skrin sentiasa hidup, ia akan berfungsi selama enam hari.
Selain itu, ita turut menyokong panggilan Bluetooth, komunikasi interkom Bluetooth, NFC dan storan 230MB.
realme Watch 5 akan dijual pada harga bermula RM399.
realme Buds T200
Fon telinga wayarles ini menawarkan pembatalan bising aktif (ANC) 30dB melalui sistem dwi-mikrofon untuk memudahkan anda mendengar kandungan audio. Ia juga mempunyai Mod Ketelusan (Transparency Mode) untuk lebih memudahkan anda mendengar audio persekitaran apabila perlu.

Baterinya boleh bertahan sehingga 7 jam (fon telinga sahaja) atau 40 jam (bersama pengecas). Pengecasan selama 10 minit sahaja sudah cukup untuk penggunaan selama tujuh jam.
Ia menyokong hubungan Bluetooth 5.3 dan boleh dipautkan dengan aplikasi realme Link untuk menyesuaikan kawalan, kesan bunyi dan perisian tegar.
realme Buds T200 akan dijual pada harga bermula RM199.
Beritahu kami di Facebook jika anda bermiat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






