More

    iQOO 15 bakal membawa kamera dengan jalur LED akan dilancar pada 23 September ini

    iQOO 15 dijangka menjadi antara peranti terawal yang dikuasakan cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang akan diumumkan secara rasmi oleh Qualcomm pada 23 September ini. Menjelang pelancarannya, telefon ini sudah mencuri perhatian dengan panel belakang yang mampu berubah warna dan kini satu lagi ciri unik didedahkan iaitu jalur LED yang mengelilingi modul kamera.

    Menurut sumber, bonggol kamera tersebut akan sedikit tebal kerana menempatkan kamera telefoto periskop. Berdasarkan khabar angin, iQOO 15 akan menggunakan skrin AMOLED QHD+ berukuran 6.85 inci daripada Samsung dengan tahap kecerahan maksimum sehingga 6,000nit. Sistem kameranya merangkumi sensor utama 50MP bersaiz 1/1.5 inci, kamera telefoto 50MP dan kamera ultra lebar.

    Daripada segi ketahanan, telefon ini dijangka membawa bateri besar antara 7,000mAh hingga 8,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 100W dan pengecasan wayarles, menjadikannya sebuah andalan yang menyeluruh dari segi prestasi, paparan dan bateri.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured