More

    HUAWEI WATCH GT 6 Series dan Ultimate 2 bakal tiba di Malaysia 29 September ini

    HUAWEI mengumumkan dua siri jam tangan pintar terbaharu iaitu HUAWEI WATCH GT 6 Series dan HUAWEI WATCH Ultimate 2 akan hadir ke pasaran Malaysia pada 29 September 2025. Kedua-dua model ini menawarkan gabungan rekaan premium, ciri kesihatan pintar dan ketahanan bateri yang lebih lama.

    WATCH GT 6 Series hadir dalam tiga varian seperti GT 6 Pro 46mm, GT 6 46mm dan GT 6 41mm. Versi Pro menggunakan kaca sapphire dan rangka titanium alloy yang menjadikannya lebih tahan lasak. Model Pro dan 46mm mampu bertahan sehingga 21 hari manakala versi 41mm sehingga 14 hari. Siri ini turut dilengkapi mod baharu untuk lari rentas alam, golf, selam bebas sehingga 40 meter dan ski.

    Ia juga menjadi jam pintar pertama di dunia dengan fungsi cycling virtual power yang membolehkan kayuhan basikal dipantau secara terus dari pergelangan tangan. Teknologi HUAWEI TruSense pula membolehkan pengesanan emosi pelbagai dimensi dan pemantauan menyeluruh termasuk kardiovaskular, ECG serta SpO2.

    Turut diperkenalkan ialah HUAWEI WATCH Ultimate 2 yang disahkan mampu menyelam sehingga 150 meter. Jam ini hadir dengan komunikasi sonar bawah air sehingga 30 meter dan fungsi SOS bawah air sehingga 60 meter yang merupakan ciri pertama seumpamanya dalam industri jam tangan pintar. Rekaan jam ini menggunakan bahan zirconium-based liquid metal, bezel dwi warna nanocrystal ceramic dan kaca sapphire untuk ketahanan maksimum.

    WATCH Ultimate 2 mampu bertahan sehingga 11 hari penggunaan biasa. Ia turut menawarkan mod Expedition dengan lebih 17,000 peta padang golf global, peta luar talian untuk aktiviti lari rentas alam, fungsi route-back, panggilan SOS dan sistem navigasi Sunflower Positioning untuk lokasi terpencil. Jam ini juga dilengkapi sokongan Fall Detection, Emergency SOS dan High-Altitude Monitoring. Tempahan untuk kedua-dua model telah dibuka dengan bayaran deposit hanya RM50.

    Pembeli awal akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM446 bagi GT 6 Series termasuk HUAWEI FreeBuds 6i dan langganan 3 bulan HUAWEI Health+ manakala WATCH Ultimate 2 hadir dengan hadiah bernilai sehingga RM1,305 termasuk HUAWEI FreeClip, perlindungan HUAWEI Care+ selama 2 tahun serta langganan 3 bulan HUAWEI Health+.

    Tempahan boleh dibuat di HUAWEI Experience Store seluruh negara, laman rasmi HUAWEI serta kedai rasmi HUAWEI di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured