More

    Ulasan Google Pixel 10 – Telefon Gen AI Gemini kompak dengan zum dan magnet yang dipertingkat?

    Selepas Google Pixel 9 diperkenalkan sebagai siri telefon Pixel pertama yang dijual di Malaysia pada tahun lalu, kini ia diganti dengan Google Pixel 10 yang tidak menawarkan banyak pembaharuan daripada segi rekaan, namun ia merupakan Pixel asas pertama yang dilengkapi lensa periskop. Ia menawarkan zum optikal sehingga 10x dan zum digital sehingga 20x, lebih jauh berbanding zum optikal 2x dan zum digital 7x pada generasi sebelumnya.

    Ciri-ciri baharu termasuklah kamera utama dengan lensa periskop 10.8MP, cipset Tensor G5, magnet belakang PixelSnap dan beberapa fungsi AI baharu seperti Camera Coach, Magic Cue dan banyak lagi. Adakah harga RM3,999 itu berbaloi dengan telefon Google baharu ini? Ayuh baca ulasan yang ditulis oleh pengarang TechNave Bahasa Inggeris untuk mengetahuinya:

    Rekaan – Nampak hampir sama

    Google Pixel 10 menggunakan skrin Actua Display 6.3 inci dengan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits
    Walaupun ukurannya berbeza desikit, Pixel 10 masih nampak seperti telefon Pixel

    Secara luaran, Pixel 10 nampak seperti disalin bulat-bulat daripada Pixel 9. Ini termasuklah bahagian sisi besi yang licin, bucu yang melengkung, skrin Actua 6.3 inci dan bonggol kamera berbentuk pil di bahagian belakang. Jika anda lihat dengan lebih dekat pada bonggol ini, anda akan perasan kamera tambahan 10.8MP, namun selain daripada itu semuanya nampak sama.

    Tambahan lagi, jika anda mempunyai aksesori PixelSnap atau MagSafe, ia kini boleh dilekatkan pada bahagian belakang Pixel 10. Daripada segi ukuran, Pixel 10 lebih tebal sedikit berbanding generasi sebelumnya, dengan ketebalan 8.6mm (8.5mm pada Pixel 9) dan berat 204 gram (198 gram pada Pixel 9).

    Port USB-C dan pembesar suara
    Butang kuasa dan volume di bahagian kanan
    Ruang kad SIM di bahagian atas

    Seperti sebelum ini, terdapat butang kuasa dan butang volume di bahagian kanan, manakala di bahagian bawah, terdapat port USB-C dan dua pembesar suara. Ruang kad SIM pula terletak di bahagian atas. Unit yang dipinjamkan kepada kami datang dalam warna Frost (putih dengan sentuhan ungu terang), manakala pilihan warna lain yang ditawarkan termasuklah Obsidian (hitam), Indigo (biru) dan Lemongrass (kuning terang).

    Secara ringkas, Pixel 10 nampak seperti telefon-telefon Pixel lain, walaupun terdapat perbezaan-perbezaan kecil seperti ukuran yang lebih tinggi. Jika anda ingin gunakan semula sarung atau aksesori Pixel yang lama, ia mungkin tidak muat pada Pixel 10. Mujur sekali, ia selesa dipegang pada tangan.

    Sarung silikon tidak rasa terlalu licin

    Saya perlu berterima kasih kepada Google Malaysia kerana sudi berkongsi sarung Pixel 10. Walaupun ia dibina daripada silikon, ia tidak licin dan mampu melindungi jari-jemari anda daripada bahagian belakang jika telefon ini jadi suam.

    Spesifikasi teknologi

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Google Pixel 10:

    "
    "
    • Skrin OLED 6.3 inci, resolusi 1080×2424, kadar segar semula 60-120Hz, kecerahan puncak 3,000 nits, kaca Gorilla Glass Victus 2
    • Cipset Google Tensor G5
    • RAM 12GB
    • Storan dalaman 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 13MP + kamera telefoto 10.8MP dengan zum optikal 5x
    • Kamera hadapan 10.5MP, medan penglihatan 95°
    • Bateri 4,970mAh, boleh bertahan lebih daripada 24 jam
    • Pengecasan pantas 30W, boleh cas sehingga 55% dalam masa 30 minit
    • Pengecasan wayarles 15W
    • Port USB-C 3.2
    • Pembesar suara stereo, 3 mikrofon
    • Sistem operasi Android 16, akan menerima kemas kini selama 7 tahun
    • Fungsi Google AI: Gemini Nano, Gemini, Pixel Screenshots, Magic Cue, Circle to Search, Live Translate, Clear Calling
    • Rating kalis air IP68
    • Pilihan warna Indigo, Frost, Lemongrass, Obsidian
    • Harga: bermula RM3,999
    Android 16 nampak kemas

    Ciri-ciri utama untuk Pixel 10 termasuklah cipset Tensor G5 yang telah dioptimakan untuk AI dalam peranti ini. Walau bagaimanapun, skrin Actua OLED 6.3 inci masih kekal daripada Pixel 9. Dengan kadar segar semula boleh ubah antara 60Hz-120Hz dan kecerahan puncak 3,000 nits, ia rasa sangat lancar apabila diguna dan boleh dilihat walaupun bawah cahaya matahari terang.

    Telefon ini juga menyokong pengecasan wayarles Qi2 dengan magnet dan ia diberi gelaran Pixelsnap oleh Google. Ia membenarkan pengecasan magnetik dan dipasangkan dengan pelbagai aksesori tambahan. Ciri-ciri lain kebanyakannya berdasarkan AI seperti Magic Cue yang boleh diketahui lebih lanjut dalam aplikasi My Pixel.

    Lihat semua fungsi baharu dalam aplikasi My Pixel
    Pixel Studio kini boleh jana gambar manusia
    Gemini Live, Zoom Enhance dan Pixel Journal merupakan beberapa fungsi baharu dalam Pixel 10

    Semua fungsi AI yang diperkenalkan sebelum ini seperti Pixel Studio, Gemini, Auto Best Take, Gemini Live, Writing Tools dalam GBoard dan lain-lain masih dikekalkan dalam Pixel 10. Lebih-lebih lagi, Google menjanjikan kemas kini selama tujuh tahun iaitu tempoh sama yang ditawarkan oleh Samsung dengan peranti-perantinya.

    Walaupun Magic Cue sepatutnya menjadi perkhidmatan AI yang akan muncul pada skrin apabila anda memerlukannya, sukar untuk saya lihat ia dipaparkan pada skrin. Sebaliknya, saya amat menggemari Camera Coach yang boleh mengimbas sebarang imej yang dilihat oleh kamera dan ia akan memberi tips-tips fotografi.

    Camera Coach akan memberi tips apabila anda mengimbas subjek di hadapan
    Walaupun dengan tips yang diberi, terpulang kepada anda untuk mengikutinya atau tidak

    Ini tidak menjamin bahawa anda akan sentiasa ambil gambar terbaik, namun sekurang-kurangnya anda boleh tahu sudut-sudut paling sesuai untuk situasi tertentu. Ia masih lagi bergantung kepada anda untuk menekan shutter dan mengambil gambar, namun anda masih boleh diberi panduan untuk dapatkan komposisi terbaik.

    Prestasi – Lebih versatil

    Daripada segi penanda aras, cipset Tensor G5 menawarkan prestasi yang setaraf dengan telefon flagship dua generasi lalu. Ini bukanlah isu yang besar kerana ia masih menawarkan pengalaman gaming yang lancar dengan kadar bingkai 60fps dalam game seperti Genshin Impact. Ini juga menyebabkan Pixel 10 menjadi agak suam, namun anda tidak akan merasakannya jika anda memakaikan sarung silikon.

    Geekbench menunjukkan prestasi yang setaraf telefon flagship pada tahun lalu
    Markah 3DMark juga boleh tahan

    Hayat baterinya kini telah diperbaiki, namun hanya sebanyak beberapa jam sahaja. Jika Pixel 9 sebelum ini boleh bertahan selama sehari setengah, Pixel 10 kini boleh bertahan selama 1 hari 17 jam dengan penggunaan biasa. Seperti biasa, sistem operasi Android 16 nampak sangat kemas dan bebas daripada sebarang bloatware, namun anda perlu pasang sendiri sebarang aplikasi media sosial.

    Dengan kamera periskop tambahan, Pixel 10 merupakan sebuah telefon kamera yang sangat versatil. Jika dibandingkan dengan Pixel 9 yang nampak sangat asas dengan kamera zumnya, anda kini boleh dapatkan gambar haiwan liar (wildlife shots) yang cantik walaupun daripada jarak jauh. Super Res Zoom mungkin akan membantu sedikit apabil anda menggunakan zum sejauh 20x, namun gambar mungkin nampak terlalu ditajamkan (oversharpened).

    Camera Coach akan beri tips-tips yang berguna, tetapi gambar pantulan (reflection shots) yang cantik masih memerlukan kemahiran anda sendiri
    Nampak cantik untuk gambar makro
    Apabila anda zum sehingga 20x dan gunakan Super Res Zoom…
    …hasilnya mungkin nampak terlalu oversharpened
    Anda kini boleh ambil gambar haiwan-haiwan dengan lebih jelas pada Pixel 10
    20x zoom dengan bantuan Super Res Zoom
    Gambar Long Exposure boleh dibuat dengan mudah
    Dengan fungsi Action Pan dan sedikit kreativiti, anda boleh dapatkan gambar menarik macam ini

    Dengan kamera tambahan itu juga, fotografi makro kini lebih mudah dengan Pixel 10 dan nampak cantik. Magic Editor dan lain-lain fungsi suntingan juga kini sangat berguna untuk suntingan tambahan selepas mengambil gambar. Sungguh pun begitu, kami perlu persoal jika anda akan gunakan fungsi Create Music dalam Recorder.

    Kami juga perlu ketengahkan bahawa fungsi-fungsi produktiviti masih agak kekurangan. Walaupun Gemini dalam GBoard dan aplikasi Gmail menawarkan alat-alat bantuan penulisan dan NotebookLM menyediakan Gen AI tempatan (localised) dengan halusinasi yang lebih rendah, ketiadaan mod desktop seperti Samsung DeX bermaksud anda tidak boleh gantikan desktop anda sepenuhnya dengan telefon Pixel buat masa ini.

    Untuk produktiviti, Writing Tools kini telah disepadukan dalam GBoard
    Magic Eraser masih berfungsi dengan bagus

    Kesimpulan – Naik taraf signifikan

    Secara keseluruhan, Google Pixel 10 adalah pilihan yang lebih baik berbanding Pixel 9, terutamanya jika anda sedang mempertimbangkan naik taraf daripada Pixel 8 atau pun generasi yang lebih lama. Walau bagaimanapun, memandangkan beberapa fungsi AI akan diberikan kepada Pixel 9, jika anda sudah pun memiliki Pixel 9, sukar untuk kami cadangkan anda naik taraf kepada Pixel 10, melainkan anda ingin mula gunakan aksesori PixelSnap atau bertukar daripada MagSafe iPhone.

    Memandangkan fungsi Magic Cue tidak begitu membantu, kami tidak boleh katakan bahawa Pixel 10 merupakan sebuah telefon pintar AI yang terulung. Walaupun demikian, ia masih menawarkan pelbagai fungsi Gen AI den Gemini jika anda menyukai fungsi-fungsi sedemikian. Tambahan lagi, dengan Pixel Drops, anda boleh dapatkan langganan Google One Pro selama setahun dengan setiap pembelian Pixel 10, jadi anda boleh cuba Veo 3 dan penukaran teks-ke-video (anda juga boleh lakukannya dengan Pixel 9).

    Kami perlu katakan bahawa harga RM3,999 itu mungkin agak mahal untuk Pixel 10 yang asas, namun ia lebih bagus berbanding Pixel 9 dalam beberapa aspek. Jika anda inginkan zum yang lebih berkualiti, anda boleh pertimbangkan Pixel 10 Pro atau Pixel 10 Pro XL. Pada jenama lain pula, siri Samsung Galaxy S25 merupakan alternatif yang sesuai untuk telefon Gen AI.

    Adakah ulasan ini membantu anda? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Pixel 10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Diterjemahkan daripada TechNave]

     

    Artikel Terkini

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Proton e.MAS labur lebih RM40 juta bangunkan ekosistem digital EV pertama Malaysia

    PRO-NET menerusi Proton e.MAS mengumumkan pembangunan platform mobiliti berhubung tempatan pertama di Malaysia dengan pelaburan melebihi RM40 juta sebagai sebahagian usaha memperkukuh...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...