fbpx
More

    Kadar peningkatan ‘gamer’ wanita lebih laju, lebih ramai wanita minat Battle Royale daripada lelaki

    Baru-baru ini, Google Malaysia telah memaparkan infografik berkenaan gamer di Asia. Apa yang menarik adalah kadar peningkatan gamer wanita di Asia dilihat lebih pantas meningkat berbanding kadar peningkatan gamer lelaki.

    Untuk pengetahuan anda, hasil dapatan daripada Google Malaysia ini adalah berdasarkan tahun 2019. Jumlah gamer pada tahun 2019 meningkat dengan angka 1.33 bilion dan 38% padanya adalah gamer wanita. Kadar ini dilihat lebih banyak berbanding tahun 2017 dengan hanya 32% gamer wanita daripada angka 1.13 bilion gamer secara keseluruhan.

    Menurut Google, kadar peningkatan ini adalah lebih tinggi berbanding kadar peningkatan gamer lelaki walaupun jumlahnya sudah sememangnya dimonopoli oleh gamer lelaki secara keseluruhan. Lebih menarik, kadar peningkatan gamer wanita di Asia dijangka akan meningkat lagi pada tahun 2020.

    Perkara yang turut menarik perhatian adalah peranti yang digunakan oleh gamer wanita. Sebanyak 473 juta gamer wanita menggunakan telefon pintar untuk bermain game, disusuli dengan sejumlah 201 juta bermain melalui PC dan 8.5 juta gamer wanita menggunakan konsol gaming.

    Ini bermakna kebanyakan gamer wanita Asia memilih telefon pintar sebagai platform gaming kerana ianya lebih mudah untuk bermain di mana sahaja. Gamer wanita juga dilihat lebih berminat dengan jenis game Battle Royale dan perlumbaan (Racing) selain game Puzzle biasa. Jenis game lain seperti game berstrategi (Strategy), penembak (Shooter) dan MOBA juga diminati gamer wanita. Peratusan minat gamer wanita pada sesuatu jenis game tidak mempunyai banyak perbezaan dengan peratusan gamer lelaki.

    Adakah gamer wanita di Malaysia menyetujui hasil ini dan apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X