More

    Anda boleh cuba Samsung Galaxy Z Fold7 dan Flip7 di TRX Kuala Lumpur sehingga 28 September ini

    Jika anda berminat untuk mencuba dan melihat sendiri keunikan telefon pintar lipat Samsung yang terbaru, Samsung Galaxy Z Fold7 dan Samsung Galaxy Z Flip7, anda boleh hadirkan diri ke acara Unfold Club yang diadakan di Raintree Plaza, The Exchange TRX Kuala Lumpur.

    Dalam jerayawara khas ini, anda boleh pegang Fold7 atau Flip7 untuk lihat kenipisan telefon lipat ini, serta mencuba pelbagai fungsi AI khas berdasarkan Galaxy AI dan Gemini Live. Ini termasuklah Generative Edit untuk menyunting gambar anda serta memberi arahan suara untuk kawal pelbagai aplikasi dengan bantuan Gemini Live.

    Turut dipaparkan dalam acara ini termasuklah siri telefon pintar Samsung Galaxy S25 untuk mereka yang lebih gemarkan reka bentuk telefon konvensional. Ia masih dilengkapi pelbagai ciri-ciri Galaxy AI canggih yang ditawarkan dalam Fold7 dan Flip7.

    Selain itu, anda boleh cuba jam tangan Samsung Galaxy Watch8 dan Watch8 Classic untuk lihat bagaimana ia boleh bantu anda menjaga kualiti tidur, menjejak aktiviti sukan dan menilai tahap kesihatan fizikal.

    Samsung turut mempamerkan peranti-peranti Galaxy lain yang menjadi sebahagian daripada SmartThings AI untuk memudahkan kehidupan harian anda, seperti peti sejuk, tablet dan televisyen.

    Unfold Club akan diadakan sehingga hari Ahad, 28 September 2025 dan dibuka pada 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured