More

    MediaTek akan lancarkan cipset “flagship” baharu pada 22 September 2025

    Selepas Qualcomm mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan cipset flagship generasi seterusnya, Snapdragon 8 Elite Gen 5, pada 23 September 2025, kini sebuah lagi syarikat cipset telefon pintar, MediaTek, pula mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan cipset flagship generasi seterusnya dalam masa terdekat.

    MediaTek mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah cipset flagship baharu pada hari Isnin, 22 September 2025 di China, namun nama cipset ini masih belum diumumkan. Besar kemungkinan, ia akan dinamakan sebagai MediaTek Dimensity 9500.

    Susunan teras cipset ini juga masih belum diketahui, namun siri vivo X300 dan vivo X300 Pro bakal menjadi siri telefon pertama yang menggunakan cipset ini. Ia telah mencatatkan markah lebih 4 juta dalam penanda aras AnTuTu.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...