More

    Siri OPPO Find X9 membawa cipset MediaTek Dimensity 9500 bakal dilancar tidak lama lagi

    OPPO telah mengumumkan bahawa siri Find X9 akan hadir dengan cipset andalan MediaTek Dimensity 9500. Dibina dengan seni bina All-Big-Core generasi ketiga, cip ini menjanjikan prestasi tinggi serta kecekapan kuasa yang luar biasa. Dengan sokongan OPPO Trinity Engine, prestasi cip ini dapat dimaksimumkan sambil mengurangkan penggunaan tenaga, membolehkan peranti berfungsi pada tahap optimum tanpa mengorbankan jangka hayat bateri.

    Dimensity 9500 hadir dengan CPU baharu yang menggabungkan satu ultra-core 4.21GHz, tiga teras premium dan empat teras prestasi. Reka bentuk ini memberikan peningkatan sehingga 32% untuk prestasi teras tunggal dan 17% untuk pelbagai-teras, sambil mengurangkan penggunaan kuasa puncak sebanyak 55%. GPU Arm G1-Ultra pula meningkatkan prestasi grafik sehingga 33% dan kecekapan kuasa sebanyak 42% serta menyokong ray tracing setaraf konsol.

    Ditambah dengan sistem penyejukan khas dalam OPPO Find X9, pengguna dapat menikmati pengalaman permainan kadar bingkai tinggi yang lancar walaupun di tetapan grafik paling berat. Melengkapkan cip ini, OPPO Trinity Engine memperkenalkan Unified Computing Power Model pertama untuk Android. Teknologi ini mampu meramal penggunaan kuasa dengan ketepatan lebih 90%, sekaligus mengoptimumkan tenaga merentasi pelbagai senario seperti penggunaan harian, permainan dan fotografi.

    Butiran lanjut mengenai Find X9 Series akan didedahkan pada acara pelancaran global akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured