More

    Xiaomi OpenWear Stereo Pro, Smart Band 10 dan Watch S4 41mm kini tersedia di Malaysia bermula RM399

    Selain siri 15T, Xiaomi turut menambah tiga lagi peranti boleh pakai untuk pasaran Malaysia dengan OpenWear Stereo Pro, Smart Band 10 dan Watch S4 41mm. Ketiga-tiga produk ini menyasarkan pengguna dengan keperluan berbeza, daripada audio terbuka sehinggalah pemantauan kesihatan dan jam pintar kompak.

    OpenWear Stereo Pro merupakan fon telinga terbuka yang pertama kali diperkenalkan di China awal tahun ini. Setiap fon telinga seberat 9.7 gram dengan rekaan sokongan tiga titik. Ia menggabungkan pemandu dinamik 18×13mm, dwi balanced armature dan tweeter seramik piezoelektrik dengan sokongan codec AAC, SBC dan LDAC.

    Bateri mampu bertahan sehingga 8.5 jam bagi setiap pengecasan manakala bekas pengecas memberi jumlah penggunaan sehingga 45 jam. Ciri lain termasuk kawalan gerakan, terjemahan masa nyata, audio spatial dengan pengesanan kepala dan penarafan IP54 tahan habuk serta percikan air.

    Watch S4 41mm pula merupakan model lebih kecil dalam siri jam pintar Xiaomi yang hadir dengan paparan 1.32 inci AMOLED dan mampu mencapai kecerahan sehingga 1500 nits serta menawarkan lebih 150 mod sukan.

    Jam pintar ini menyokong kalis air 5ATM dan dilengkapi GPS dwi-frekuensi (L1 + L5) untuk penjejakan lebih tepat. Selain itu, baterinya mampu bertahan sehingga 15 hari bagi penggunaan biasa disertakan sokongan NFC untuk pembayaran dan kawalan yang boleh dilakukan melalui butang putar atau gerakan.

    Seterusnya, Smart Band 10 turut diperkenal dengan lebih 150 mod sukan, pemantauan tidur dan dilengkapi sensor kadar denyutan jantung serta SpOâ‚‚. Selain itu, ia hadir dengan paparan 1.72 inci AMOLED, mempunyai ketahanan air 5ATM dan mampu bertahan sehingga 21 hari bagi penggunaan biasa.

    Xiaomi Watch S4 41mm ditawarkan di Malaysia pada harga RM699 untuk tali Black dan Mint Green Fluororubber, RM749 untuk tali White Leather manakala versi Sunset Gold Milanese Strap pula dijual pada harga RM999. Menariknya, Xiaomi turut menawarkan harga promosi terhad bagi semua varian, masing-masing diturunkan kepada RM549, RM599 dan RM799.

    Selain itu, Xiaomi OpenWear Stereo Pro dijual pada harga RM699 tetapi boleh didapati pada harga promosi RM549. Harga Xiaomi Smart Band 10 Glimmer Gold Edition pula diturunkan daripada RM399 kepada RM369. Kesemua produk boleh dibeli menerusi pengedar rasmi, kedai dalam talian rasmi Xiaomi serta kedai rasmi di Lazada dan Shopee.

    "
    "

    Sebagai tambahan, Xiaomi turut menawarkan Gold Collection Bundle iaitu pakej khas yang merangkumi ketiga-tiga peranti dengan harga hanya RM1,399. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured