More

    realme 15 Pro dinobat sebagai telefon rasmi M7 Mobile Legends World Championship

    realme mengumumkan kerjasama rasmi dengan Mobile Legends: Bang Bang bersempena Kejohanan M7 World Championship yang menobatkan realme 15 Pro sebagai peranti rasmi. realme 15 Pro dilengkapi cipset Snapdragon 7 Gen 4, ciri GT Boost Mode, bateri Titan 7000mAh dengan sokongan 80W UltraCharge dan fungsi AI Gaming Coach yang memberi analisis masa nyata serta panduan taktikal kepada pemain.

    Kesemua ciri ini disesuaikan untuk permainan kompetitif seperti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Pasukan tempatan, Team Vamos, turut diberi perhatian khas. Mereka pernah menyerlah dalam MPL Malaysia Season 16 serta mencipta kejayaan pada M6 World Championship 2024 dengan menewaskan beberapa pasukan antarabangsa sebelum mara ke Knockout Stage.

    Dengan sokongan realme 15 Pro, Team Vamos dijangka memperkukuh persiapan menghadapi M7 di Indonesia pada 2026. Siri realme 15 akan mula dijual di Malaysia pada 27 September 2025 dengan ganjaran jualan pertama bernilai sehingga RM1,246. Pembelian realme 15 Pro 5G turut disertakan hadiah eksklusif iaitu realme Buds T200 Lite, Ice Tumbler, jaminan tambahan setahun dan perlindungan skrin retak selama setahun.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured