More

    Rekaan rasmi OnePlus 15 didedah dalam warna Sand Storm

    OnePlus baru-baru ini telah berkongsi reka bentuk telefon seterusnya, OnePlus 15, dalam laman media sosial Weibo. Mereka menunjukkan OnePlus 15 dalam warna Sand Storm dan menampilkan rekaan yang jauh berbeza dengan generasi sebelumnya.

    OnePlus mengatakan ia dibina daripada “logam porselin nano gred aeroangkasa” dan mempunyai kekuatan yang lebih tinggi sebanyak 134% berbanding titanium, 223% berbanding keluli tahan karat dan 344% daripada aloi aluminium biasa. Ia mempunyai permukaan tekstur “bersalji” yang sejuk dan mesra kulit.

    Jika siri telefon flagship OnePlus sebelum ini sering mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat, kini OnePlus menukar bonggol kameranya kepada bentuk petak dengan bucu yang membulat. Ia turut mempunyai dua tona warna iaitu hitam dan warna yang sama dengan keseluruhan bahagian belakangnya. Bonggol tersebut menempatkan tiga lensa dan satu lampu denyar LED.

    Dua lagi warna yang dijangka untuk OnePlus 15 adalah hitam Absolute Black dan ungu Mist Purple. Warna hitam itu dikhabarkan bakal menjadi warna telefon yang “paling gelap dalam sejarah”.

    Spesifikasi yang dijangka untuk OnePlus 15 termasuklah cipset skrin OLED 1.5K 6.78 inci 165Hz, Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, enjin pengimejan yang dibina oleh OnePlus sendiri, bateri 7,000mAh, pengecasan pantas 120W dan pengecasan wayarles 50W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 15 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured