More

    HUAWEI WATCH Ultimate 2 dilancar di Malaysia: Jam pintar untuk sukan tahan lasak bermula RM3,499

    Selain melancarkan siri jam tangan HUAWEI WATCH GT 6, HUAWEI Malaysia turut melancarkan jam tangan pintar yang amat tahan lasak iaitu HUAWEI WATCH Ultimate 2. Ia mempunyai pengiktirafan EN 13319 yang menyokong selaman laut sehingga paras kedalaman 150 meter dan turut menyokong komunikasi sonar yang boleh digunakan sewaktu anda menyelam.

    Dengan fungsi sonar, ia boleh menghantar mesej dan emoji dalam jarak 30 meter tanpa sebarang peralatan tambahan. Ia juga mempunyai fungsi kecemasan SOS yang boleh menghantar mesej pada jarak sejauh 60 meter.

    Untuk sukan golf, ia mempunyai fungsi Golf Course Mode yang boleh digunakan di lebih 17,000 padang golf seluruh dunia dan menawarkan ukuran seperti slope-adjusted distance, fungsi zum dan trajektori bola.

    Jam tangan ini ditawarkan dalam dua warna iaitu hitam dan biru. Kedua-duanya dibina daripada besi zirconium, bezel seramik nanokristal dwi-warna dan kaca sapphire.

    Ia dilengkapi fungsi X-TAP yang boleh ukur 10 metrik kesihatan melalui fungsi Health Glance, seperti tahap SpO2, degupan jantung dan penjejakan tidur. Baterinya pula boleh bertahan sehingga 11 hari.

    Selain itu, ia mempunyai sistem kedudukan HUAWEI Sunflower Positioning System yang menewarkan penjejakan tepat menggunakan pengemudian dual-band five-system dan algoritma yang dipertingkat.

    Ia juga mempunyai fungsi eSIM, pembatalan hingar aktif AI untuk memastikan perbualan telefon yang jelas, Fall Detection, Emergency SOS, High-Altitude Monitoring dan keselamatan khas untuk aktiviti-aktivtiti lasak.

    HUAWEI WATCH Ultimate 2 akan dijual di Malaysia pada harga RM3,499. Ia boleh dibeli secara atas talian di laman web HUAWEI, Shopee, Lazada atau TikTok Shop, atau secara fizikal di mana-mana HUAWEI Experience Stores. Setiap pembelian akan disertakan bersama hadiah percuma bernilai RM1,305, termasuklah HUAWEI FreeClip, langganan dua tahun untuk HUAWEI Care+ dan langganan tiga bulan untuk HUAWEI Health+.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured