More

    Perkhidmatan MyDebit CIMB akan tergendala selama beberapa hari pada Oktober 2025

    Buat para pengguna CIMB, anda perlu ambil tahu bahawa sistem MyDebit CIMB akan tergendala buat beberapa hari pada bulan Oktober 2025. Ini adalah bagi memberi ruang kepada pihak CIMB untuk melakukan tugas-tugas penyelenggaraan yang telah dirancang.

    Sistem ini akan tergendala pada lima hari yang berasingan iaitu:

    • 3 Oktober (Jumaat) dari 00:00 pagi hingga 02:00 pagi
    • 4 Oktober (Sabtu) dari 00:00 pagi hingga 08:00 pagi
    • 14 Oktober (Selasa) dari 00:00 pagi hingga 02:00 pagi
    • 25 Oktober (Sabtu) dari 00:00 pagi hingga 08:00 pagi
    • 26 Oktober (Ahad) dari 00:00 pagi hingga 08:00 pagi

    Memandangkan waktu penyelenggaraan ini akan berlangsung pada lewat malam, besar kemungkinan ia tidak akan mengganggu kebanyakan pengguna. Meskipun begitu, jika anda sudah merancang untuk melakukan sebarang transaksi sepanjang tempoh-tempoh di atas, anda dinasihatkan untuk melakukannya pada waktu lain.

    Untuk makluman, MyDebit ialah perkhidmatan kad debit di mana anda boleh gunakan kad debit untuk melakukan pembayaran kecil (nilai bawah RM250) dengan hanya menyentuh kad pada terminal untuk fungsi pembayaran tanpa sentuh. Ia juga melibatkan pengeluaran tunai di mesin ATM dan kaunter-kaunter peruncit.

    Beritahu kami di Facebook jika ini mempengaruhi anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured