More

    WhatsApp akan benarkan pengguna untuk daftar dan tempah “username” baharu

    WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna mendaftar dan menempah nama pengguna (username) lebih awal sebelum sistem penuh dilancarkan kepada umum. Langkah ini bertujuan memastikan keadilan dalam pemilihan nama selain meningkatkan privasi pengguna.

    Menurut sumber, versi beta terbaharu WhatsApp untuk Android kini memperlihatkan pilihan untuk menempah nama pengguna melalui menu tetapan aplikasi. Pengguna boleh mendaftar nama yang diinginkan sebelum pelancaran rasmi ciri tersebut untuk mengelakkan situasi di mana pengguna awal ‘memonopoli’ nama popular.

    Ciri ini menandakan perubahan besar dalam ekosistem WhatsApp yang sejak penubuhannya bergantung sepenuhnya kepada nombor telefon sebagai pengenalan utama. Dengan sistem nama pengguna, pengguna berpeluang berhubung tanpa perlu berkongsi nombor peribadi yang menjadikannya lebih selamat dan sesuai untuk kegunaan profesional mahupun sosial.

    Bagaimanapun, WhatsApp menetapkan beberapa peraturan bagi nama pengguna. Ia tidak boleh bermula dengan “www.” , mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu huruf dan hanya membenarkan huruf kecil, nombor, titik serta garis bawah. Langkah ini dipercayai bertujuan mengelakkan penyalahgunaan dan mengekalkan konsistensi antara identiti pengguna.

    Setakat ini, pihak WhatsApp masih belum mengumumkan tarikh rasmi untuk pelancaran ciri ini. Namun, dengan ujian awal telah dijalankan dalam versi beta, pelancarannya dijangka berlaku dalam beberapa bulan akan datang. Ciri nama pengguna bakal menjadi antara kemas kini paling penting kerana ia menambah lapisan privasi baharu dan menjadikannya setanding dengan pesaing seperti Telegram dan Signal yang sudah lama menawarkan fungsi sama.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...