More

    Samsung bakal perkenal Galaxy Z TriFold: Telefon tri-lipat dengan tiga bateri

    Samsung dijangka melancarkan telefon pintar lipat tiga pertamanya tahun ini, dipercayai akan dinamakan Galaxy Z TriFold, namun tarikh pelancarannya masih dirahsiakan. Berdasarkan dokumen paten yang diterbitkan oleh sumber, peranti ini akan menempatkan tiga bateri iaitu satu di setiap segmen lipatan.

    Lukisan dalam paten menunjukkan bahawa bateri terkecil (T1) berada pada bahagian yang menempatkan kamera utama, bateri kedua terbesar (T3) di segmen paparan luar, manakala bateri terbesar (T2) berada di bahagian tengah yang akan dilipat di antara dua segmen lain. Walaupun kapasiti dan kelajuan pengecasan belum didedahkan, ramai berharap ia lebih baik daripada Galaxy Z Fold7 yang hanya menawarkan bateri 4,400 mAh dengan pengecasan berwayar 25W.

    Terdapat khabar angin bahawa Galaxy Z TriFold mungkin hanya dilancarkan di Korea Selatan dan China, namun laporan terkini menyebut ia juga bakal hadir ke pasaran Amerika Syarikat dengan pelancaran dijangka hujung bulan ini. Dalam tempoh yang sama, Samsung juga dijangka memperkenalkan set kepala Android XR pertama mereka dengan nama kod Project Moohan.

    Pra-pendaftaran untuk peranti realiti campuran ini dikatakan akan bermula pada 15 hingga 21 Oktober, sebelum pelancarannya pada 22 Oktober di Korea Selatan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Kipris (Korea)

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured