More

    Twitter akan menasihati anda untuk baca sesebuah artikel sebelum mengongsinya

    Semalam, Twitter mengumumkan bahawa syarikat itu sedang menguji sebuah fungsi yang akan mengingatkan pengguna untuk berfikir semula sebelum membuat ciapan terhadap artikel yang mereka belum dibaca.

    Setakat ini, ujian tersebut adalah terhad kepada pengguna Twitter di Android dalam Bahasa Inggeris. Jika seorang pengguna Twitter ingin menciap semula (retweet) sebuah artikel sebelum membacanya, Twitter mungkin akan mencadangkan supaya pengguna itu membacanya terlebih dahulu.

    “Perkongsian artikel boleh merangsangkan perbincangan, jadi anda mungkin perlu membacanya sebelum anda membuat ciapan,” kata Twitter melalui Twitter Support.

    Ketua produk (Product Lead) Twitter, Kayvon Beykpour, turut mengatakan bahawa artikel yang menjadi tular boleh menjadi bahaya, terutamanya jika pengguna tidak membaca artikel yang disebarkan. Beliau mengesyorkan pengguna untuk membaca artikel sebelum menciap semula.

    TechNave berharap agar para pembaca berkongsi maklumat dengan berhemah dan hanya percaya pada maklumat yang sahih. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured