More

    Samsung Galaxy Tab A11 rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM499

    Samsung Malaysia hari ini memperluas barisan tablet mampu milik dengan pelancaran Galaxy Tab A11 yang direka untuk keseimbangan antara produktiviti dan hiburan. Ia dilengkapi paparan 90Hz bersama sistem pembesar suara berkembar yang menyokong Dolby Atmos.

    Galaxy Tab A11 menggunakan pemproses terkini dengan pilihan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman 128GB yang boleh dikembangkan sehingga 2TB melalui kad microSD. Baterinya pula hadir dengan kapasiti 5,100mAh.

    Peranti ini menjalankan One UI 7 berasaskan Android dan disertakan sokongan AI Gemini serta ciri seperti Math Solver dalam Samsung Notes bagi membantu pengguna menyelesaikan tugasan pembelajaran dengan lebih mudah. Keselamatan turut diperkukuh melalui Samsung Knox manakala pengguna dijanjikan sehingga tujuh generasi kemas kini perisian.

    Galaxy Tab A11 ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu model LTE (8/128GB) pada harga RM699 manakala versi WiFi (8/128GB) dijual pada RM599 dan varian asas WiFi (4/64GB) ditawarkan pada RM499. Tablet ini hadir dengan pilihan warna Gray dan Silver.

    Ia boleh didapati di kedai Samsung Experience Store, laman rasmi Samsung Malaysia dan pengedar sah seluruh negara. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured