More

    ASUS ProArt P16 dilancar di Malaysia: Ryzen AI 9 HX 370, RTX 5090, Lumina Pro OLED bermula RM12,999

    ASUS Malaysia baru-baru ini telah melancarkan ASUS ProArt P16 yang disegarkan semula untuk tahun ini. Ia merupakan sebuah komputer riba yang direka khas untuk tugas-tugas suntingan multimedia profesional.

    Ia dilengkapi pemproses AMD Ryzen AI 9 HX 370 (12 teras) dengan kelajuan NPU sebanyak 50 TOPS dan boleh dilengkapi unit pemprosesan grafik (GPU) sehingga NVIDIA GeForce RTX 5090 Laptop GPU bagi menyediakan prestasi yang pantas. Ia boleh dilengkapkan dengan RAM LPDDR5X sehingga 64GB dan storan SSD PCIe 4.0 sehingga 4TB.

    Untuk kegunaan suntingan video profesional, ia menyokong format warna 4:2:2 10-bit, mainan semula multi-laluan (multi-track playback) video 4K/8K, eksport fail yang lebih pantas dan penstabilan lebih tinggi untuk projek beresolusi tinggi.

    Skrinnya pula menggunakan panel ASUS Lumina OLED atau ASUS Lumina Pro OLED yang dikhaskan untuk kegunaan profesional, dengan ketepatan warna yang tinggi, kontras mendalam dan perlindungan mata yang canggih.

    Ia mempunyai gamut warna DCI-P3 100%, 1.07 bilion warna, pengiktirafan Pantone Validated, ketepatan warna Delta E<1, kecerahan puncak HDR 1,600 nits, nisbah kontras 1,000,000 serta pengiktirafan VESA DisplayHDR™ 1000 True Black 1000 dan Dolby Vision®. Kadar segar semula 120Hz menawarkan animasi yang lancar dan menyokong variable refresh rate (VRR) serta masa tindak balas 0.2 milisaat.

    Ia turut mempunyai beberapa fungsi AI canggih seperti NVIDIA RTX AI Acceleration, Copilot+ serta fungsi-fungsi khas ASUS AI seperti StoryCube dan MuseTree yang membenarkan pengguna melakukan tugas suntingan dengan lebih pantas.

    Untuk penyejukan, komputer ini mempunyai teknologi Ambient Cooling bagi mengurangkan bunyi bising sambil mengekalkan prestasi tinggi. Sewaktu melakukan tugas berat pula, gabungan kamar wap (vapour chamber), teknologi Tri-Fan dan liquid metal thermal compound akan meningkatkan pelesapan haba daripada komputer.

    Daripada segi rekaan luaran, ia mempunyai rating tahan lasak MIL-STD-810H, berat 1.85kg dan ketebalan 14.9mm sahaja. Ia turut menawarkan port 40Gbps USB4®, USB 3.2 Gen 2 Type-A dan Type-C®, HDMI® 2.1 FRL dan peingimbas kad SD Express 7.0.

    "
    "

    Ia akan ditawarkan dalam dua varian utama iaitu:

    • ASUS ProArt P16 dengan GeForce RTX 5070 Laptop GPU (H7606WP): RM12,999
    • ASUS ProArt P16 dengan GeForce RTX 5090 Laptop GPU (H7606WX): RM19,999

    Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured