More

    ShopeePay Invest diperkenal untuk melabur secara selamat serendah RM10

    ShopeePay melangkah setapak lagi dalam usaha memperluas akses kewangan digital dengan melancarkan ShopeePay Invest iaitu perkhidmatan pelaburan baharu hasil kerjasama dengan iFAST Capital Sdn Bhd (iFAST Capital).

    Melalui inisiatif ini, pengguna boleh mula melabur dalam 38 dana tempatan dan global dengan hanya RM10, tanpa had jumlah pelaburan dan caj jualan 0% untuk masa terhad. ShopeePay Invest direka bagi memudahkan rakyat Malaysia khususnya pelabur baharu memulakan perjalanan kewangan mereka dengan cara yang ringkas dan telus.

    Perkhidmatan ini boleh diakses terus menerusi aplikasi ShopeePay dan Shopee di mana pengguna boleh melihat pilihan dana termasuk pasaran antarabangsa, tema sektoral dan pilihan patuh Syariah. Ia sedang dilancarkan secara berfasa dan akan tersedia untuk semua pengguna bermula 29 Oktober 2025.

    Bersempena pelancaran ini, ShopeePay turut mengadakan kempen promosi dengan tawaran hadiah seperti Apple iPad Pro 11-inci, Apple Watch Series 10, pembersih vakum Dyson dan kredit e-Dompet ShopeePay RM50.

    Pengguna hanya perlu melabur minimum RM500 sebelum 1 Disember 2025 dan mengekalkan pelaburan tersebut sehingga 31 Januari 2026 bagi melayakkan diri menyertai cabutan hadiah yang akan diumumkan pada 12 Februari 2026. Maklumat lanjut boleh boleh klik di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured