More

    HONOR bakal perkenal Magic 8 Lite: Model mampu milik dengan cipset Snapdragon 6 Gen 4

    HONOR dilaporkan bakal menambah satu lagi model dalam siri Magic 8 dengan pelancaran HONOR Magic 8 Lite yang dijangka menjadi pilihan lebih mampu milik berbanding Magic 8 dan Magic 8 Pro. Berdasarkan penyenaraian produk di platform Icecat, Magic 8 Lite akan dilengkapi paparan AMOLED rata bersaiz 6.79 inci dengan resolusi 1.5K.

    Daripada segi kamera, peranti ini menampilkan sistem dwi kamera belakang dengan sensor utama 108 megapiksel dan sensor ultra lebar 5MP manakala kamera hadapan 16MP disediakan untuk swafoto. Ia dijangka menggunakan bateri besar 7,500mAh yang menyokong sambungan 5G, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, GPS dan port USB-C. Model ini juga hadir dengan ciri pengimbas cap jari dan beberapa sensor asas lain serta hanya ditawarkan dalam warna Midnight Black dengan berat 189 gram.

    Selain itu, penyenaraian di Google Play Console turut mengesahkan bahawa Magic 8 Lite akan dikuasakan cipset Snapdragon 6 Gen 4 (SM6650) serta menjalankan MagicOS 9 berasaskan Android 15. Peranti ini dijangka hadir dalam dua varian memori iaitu RAM 8GB dan 12GB dengan storan 256GB dan 512GB.

    Sebagai tambahan kepada dua model terdahulu, Magic 8 Lite bakal menjadi peranti ketiga dalam siri tersebut, melengkapkan barisan yang sebelum ini diterajui oleh Magic 8 dan Magic 8 Pro yang menggunakan cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 serta menawarkan spesifikasi kelas andalan seperti penarafan IP68 dan IP69 serta kapasiti bateri sehingga 7,200mAh.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Siri Apple iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm...

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured