OPPO hari ini memperkenalkan dua telefon mercu terbaharu iaitu OPPO Find X9 dan Find X9 Pro yang memfokuskan kepada gabungan rekaan premium, prestasi tinggi dan kemampuan kamera profesional hasil kerjasama dengan Hasselblad. Siri ini menjadi antara yang terawal menggunakan cip MediaTek Dimensity 9500 berasaskan proses 3nm.
Kedua-dua model hadir dengan paparan AMOLED bersaiz 6.59 inci pada resolusi 2760×1256 piksel, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum sehingga 3600 nits. Skrin ini turut menyokong 10-bit warna dengan liputan 100% DCI-P3, teknologi HDR seperti Dolby Vision, HDR10+ dan HDR Vivid. Bagi keselesaan mata, OPPO menyertakan TÜV Rheinland Intelligent Eye Care 5.0 bersama 3840Hz PWM Dimming di bawah 70 nits dan DC Dimming lebih tinggi.

Ia juga dilengkapi ciri Splash Touch yang membolehkan skrin digunakan walaupun jari basah manakala pengimbas cap jari ultrasonik 3D terbina bawah paparan memberikan nyahkunci yang lebih pantas dan tepat. Cip Dimensity 9500 pula disokong oleh enjin OPPO Trinity Engine yang terdiri daripada teknologi Dynamic Frame Sync, Unified Computing Power Model dan Sensor Offload yang mengurangkan penggunaan tenaga ketika rakaman 4K HDR.
Find X9 hadir dengan kapasiti 7025mAh manakala Find X9 Pro menampilkan bateri 7500mAh menjadikannya yang terbesar pernah digunakan dalam siri Find. Kedua-duanya menggunakan bateri silikon-karbon generasi ketiga dengan kandungan silikon 15 peratus serta bahan karbon sfera tersuai yang mampu mengekalkan lebih 80 peratus kapasiti selepas lima tahun penggunaan.


Ia turut menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC, pengecasan wayarles 50W AIRVOOC serta pengecasan berbalik 10W. Siri ini juga memperkenalkan sistem kamera Hasselblad Master generasi baharu dengan keupayaan pengimejan yang lebih maju. Find X9 dilengkapi tiga kamera 50MP terdiri daripada sensor utama Sony LYT-808 berukuran 1/1.4 inci dengan bukaan f/1.6, ultra lebar dengan autofokus serta keupayaan makro dan kamera telefoto Sony LYT-600.
Untuk model Pro, OPPO menggunakan sensor utama Sony LYT-828 Ultra XDR berukuran 1/1.28 inci dengan teknologi Real-Time Triple Exposure bagi julat dinamik lebih luas bersama kamera telefoto Hasselblad 200MP dengan sensor 1/1.56 inci, bukaan f/2.1 dan keupayaan makro 10cm serta zum optikal 3x. Proses penjajaran lensa dan sensor juga dipertingkat melalui sistem Active Optical Alignment yang menambah ketepatan sehingga 15 peratus.

OPPO turut memperkenalkan enjin imej baharu LUMO Image Engine yang dibina berasaskan sistem Parallel Computing bagi mengurangkan penggunaan CPU sebanyak 50 peratus, memori 60 peratus dan tenaga 50 peratus. Sistem ini mampu menukar secara automatik antara resolusi 50MP, 25MP dan 12MP bergantung kepada keadaan pencahayaan dan menyokong ciri 4K Motion Photos yang membolehkan pengguna mengekstrak gambar pegun terus daripada rakaman video 4K.
Siri Find X9 mempunyai ketebalan hanya 7.99mm dengan berat sekitar 203g dan ditawarkan dalam pilihan warna Space Black, Titanium Grey serta Velvet Red. OPPO menekankan tahap ketahanan melalui pensijilan SGS 5-Star Drop Resistance serta perlindungan IP66, IP68 dan IP69 untuk rintangan terhadap air dan habuk. Ciri tambahan lain termasuk butang fizikal baharu dipanggil Snap Key yang boleh disesuaikan untuk pelbagai fungsi.


Ia juga dihubungkan dengan fungsi AI Mind Space dalam ColorOS 16 yang membolehkan pengguna menulis nota suara atau membuka aplikasi tertentu dengan pintasan butang. Sambungan turut lengkap dengan sokongan dwi-SIM, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC dan AI LinkBoost yang menggunakan cip RF khusus bagi kestabilan rangkaian lebih baik. Empat mikrofon terbina turut membantu meningkatkan kejelasan suara semasa panggilan dan rakaman video.
OPPO Find X9 dan Find X9 Pro kini dibuka untuk tempahan sehingga 7 November 2025 sebelum dilancarkan secara rasmi pada 8 November 2025. Kedua-duanya ditawarkan dalam konfigurasi RAM 16GB dan storan 512GB dengan harga RM3,699 untuk Find X9 dan RM4,999 untuk Find X9 Pro (harga tempahan eksklusif). Setiap tempahan disertakan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,577 termasuk pengering rambut Laifen Mini bernilai RM459, kotak hadiah magnet premium bernilai sehingga RM499 dan jaminan global selama setahun.


Ahli My OPPO App pula akan menerima pelan perlindungan skrin selama setahun bernilai RM399, set penjagaan kulit Kiehl’s bernilai RM170 serta baucar e-Gift Kiehl’s bernilai RM50. Selain itu, pelanggan turut layak mendapat diskaun RM200 untuk pembelian OPPO Enco X3s, OPPO Watch X2 Series atau aksesori Hasselblad Teleconverter yang dijual pada harga RM999.
OPPO Find X9:
- Cipset MediaTek Dimensity 9500 (3nm)
- Skrin AMOLED 6.59 inci, resolusi 2760×1256, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 3,600 nits
- RAM 16GB
- Storan dalaman 512GB
- Kamera utama 50MP (Sony LYT-808, f/1.6) + kamera ultra-lebar 50MP dengan auto-fokus dan mod makro + kamera telefoto 50MP (Sony LYT-600)
- Kamera hadapan 32MP
- Bateri 7,025mAh
- Pengecasan pantas 80W SUPERVOOC, pengecasan wayarles 50W AIRVOOC, pengecasan wayarles berbalik 10W
- Sistem operasi Android 15 dengan ColorOS 16
- Dual SIM, NFC, Bluetooth 6.0, Wi-Fi 7, AI LinkBoost dengan cip RF terbina
- Pilihan warna Space Black, Titanium Grey, Velvet Red
- Harga: RM3,699
OPPO Find X9 Pro:
- Cipset MediaTek Dimensity 9500 (3nm)
- Skrin AMOLED 6.78 inci, resolusi 2760×1256, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 3,600 nits, sokongan Dolby Vision dan HDR10+
- RAM 16GB
- Storan dalaman 512GB
- Kamera utama 50MP (Sony LYT-828 Ultra XDR, 1/1.28″) + kamera ultra-lebar 50MP + kamera telefoto 200MP (Hasselblad, 1/1.56″, f/2.1, zum optikal 3×, 10cm makro)
- Kamera hadapan 32MP
- Bateri 7,500mAh
- Pengecasan pantas 80W SUPERVOOC, pengecasan wayarles 50W AIRVOOC, pengecasan wayarles berbalik 10W
- Sistem operasi Android 15 dengan ColorOS 16
- Dual SIM, NFC, Bluetooth 6.0, Wi-Fi 7, AI LinkBoost dengan cip RF OPPO
- Pilihan warna Space Black, Titanium Grey, Velvet Red
- Harga: RM4,999 (harga eksklusif tempahan)
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






