More

    Aqua-Fi, servis internet pengganti WiFi ketika anda menyelam di laut

    Jika anda masih tidak tahu, gelombang radio tidak berupaya untuk bergerak dengan baik melalui air. Oleh itu, pemindahan maklumat secara wayarles ketika berada di bawah permukaan laut menjadi masalah utama untuk penyelam. Terdapat kajian daripada beberapa pengkaji melalui laman KAUST Discovery mengenai Aqua-Fi.

    Aqua-Fi diperkenalkan sebagai rangkaian seperti WiFi di bawah permukaan laut. Teknologi ini adalah berasaskan penggunaan pancaran laser. Secara mudahnya, prototaip Aqua-Fi diuji menggunakan LED hijau atau laser 520nm untuk menghantar data daripada sebuah komputer kepada sebuah komputer lain yang disambungkan dengan pengesan cahaya.

    Situasi tersebut menggambarkan keadaan sebenar untuk Aqua-Fi. Penyelam boleh menghantar data melalui telefon pintarnya melalui gelombang radio yang kemudiannya melalui sesebuah peranti kecil. Peranti kecil ini bertindak seperti router WiFi. Ia akan menghantar data tersebut kepada peranti yang berada di atas permukaan laut yang bersambung dengan internet satelit.

    Teknologi ini sememangnya canggih dan bakal memudahkan pengguna. Namun, masih terdapat halangan yang perlu diselesaikan untuk merealisasikan teknologi ini.

    Jika ianya hadir di masa hadapan, kita mungkin boleh melihat aktiviti di bawah permukaan laut secara langsung. Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: KAUST melalui New Atlas

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured