More

    Proton e.MAS 5 rasmi dilancar – EV nasional pertama dengan harga bermula RM56,800

    Selepas beberapa minggu hangat diperkatakan, Proton hari ini akhirnya melancarkan secara rasmi Proton e.MAS 5 iaitu kereta elektrik (EV) pertama jenama nasional yang digelar sebagai EV mampu milik untuk rakyat Malaysia. Ia dipasang di Tanjung Malim hasil kerjasama dengan Geely dan sejak tempahan dibuka pada 4 Oktober lalu, 5,000 tempahan berjaya dicatatkan.

    Dikuasakan motor elektrik 85kW dengan tork 150Nm, pacuan roda belakang ini mampu pecut 0–50km/j dalam 3.9 saat dengan jarak pemanduan hingga 325km (WLTP). Bateri jenis LFP dari CATL boleh dicas pantas 30% ke 80% dalam 21 minit menggunakan pengecas DC.

    Bahagian dalam tampil moden dengan skrin utama 14.6 inci Full HD, panel instrumen 8.8 inci digital, sistem ATLAS Auto yang menyokong arahan suara dalam Bahasa Melayu dan Inggeris serta sambungan Android Auto dan Apple CarPlay wayarles. Pengguna juga boleh kawal atau semak status kenderaan melalui aplikasi Proton e.MAS.

    Untuk keselamatan, e.MAS 5 lengkap dengan 12 fungsi bantuan pemanduan (ADAS) termasuk Adaptive Cruise Control, Forward Collision Warning dan Blind Spot Detection. Ruang dalaman pun luas dengan but 375L dan boleh dibesarkan hingga 1,320L ditambah frunk 70L dan 32 ruang simpanan kecil di sekeliling kabin.

    Berikut harga rasmi atas jalan tanpa insurans:

    VarianSemenanjungSabah & SarawakHarga Promosi (Rebat RM3,000)
    PrimeRM59,800RM62,800RM56,800 (Semenanjung)
    PremiumRM72,800RM75,800RM69,800 (Semenanjung)

    Setiap pembelian turut disertakan Power Packs bernilai sehingga RM8,000 termasuk pengecas rumah 7kW percuma, rebat tukar beli, data internet tanpa had 5 tahun, kadar pembiayaan rendah 1.98% dan diskaun khas untuk pemilik Proton sedia ada. Tawaran sah hingga 31 Disember 2025 atau 31 Januari 2026 bergantung kategori.

    Proton e.MAS 5 disertakan waranti 6 tahun tanpa had perbatuan manakala bateri dan komponen voltan tinggi dilindungi selama 8 tahun atau 160,000km. Model ini sudah mula dijual di semua pengedar Proton terpilih seluruh Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...