More

    Proton e.MAS 5 disahkan lancar 30 Oktober ini — Y.S. Khong jadi wajah promosi

    Proton semakin hampir memperkenalkan model elektrik pertama mereka iaitu Proton e.MAS 5 selepas bekas juara rali negara Y.S. Khong tampil dalam satu video promosi. Dalam video tersebut turut mendedahkan tarikh pelancaran rasmi iaitu pada 30 Oktober 2025.

    Beliau turut menyebut julat harga antara RM60,000 hingga RM80,000, namun maklumat itu bukan perkara baharu kerana Proton sendiri sudah memberi bayangan tentangnya sebelum ini. Bagi yang berminat, tempahan e.MAS 5 telah pun dibuka sejak awal bulan ini dengan bayaran hanya RM99. Model ini akan ditawarkan dalam dua varian iaitu Prime dan Premium.

    Varian Premium menggunakan bateri 40.16 kWh jenis LFP dengan motor 85 kW (114 hp) dan tork 150 Nm yang menawarkan jarak pemanduan sekitar 325 km (WLTP). Ia turut menyokong pengecasan pantas DC dari 30 ke 80 peratus dalam masa kira-kira 21 minit selain pengecasan AC 6.6 kW.

    Sementara itu, varian Prime dilengkapi bateri 30.12 kWh dengan motor 58 kW (78 hp) dan jarak sekitar 225 km. Bahagian dalaman turut diberi perhatian dengan paparan infotainmen 14.6 inci Full HD yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay bersama ruang frunk 70 liter dan but belakang 375 liter yang boleh diperluas hingga 1,320 liter.

    Proton juga menawarkan rebat dan hadiah eksklusif kepada 5,000 pembeli terawal termasuk kad NFC Touch ’n Go bernilai RM100. Penghantaran unit pertama dijangka bermula seawal November 2025. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...