More

    Tarif Amerika Syarikat ke atas import China dikurangkan separuh, Apple terlepas tekanan kos tambahan

    Apple dan pelanggan di Amerika Syarikat (AS) sebelum ini berdepan risiko kenaikan harga mendadak selepas pentadbiran Trump menaikkan tarif ke atas barangan import dari China. Langkah itu dijangka menelan kos berbilion dolar setiap tahun dengan Apple sendiri dilaporkan menanggung sekitar $900 juta (~RM4.32 bilion) dalam suku pertama yang terjejas.

    Walaupun syarikat itu cuba mengurangkan kesan dengan mengutamakan iPhone buatan India untuk pasaran AS, kenaikan tarif berterusan menimbulkan kebimbangan terhadap potensi kenaikan harga produk di masa depan. Namun, situasi kini sedikit reda selepas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengurangkan tarif tambahan daripada 20% kepada 10% hasil pertemuannya dengan Presiden China, Xi Jinping.

    Menurut laporan, kedua-dua negara juga mencapai persetujuan gencatan perdagangan selama setahun, sekali gus menggantung kenaikan tarif baharu yang sepatutnya dikuatkuasakan dalam tempoh dua minggu lagi. China turut bersetuju untuk menggantung sekatan eksport logam nadir bumi yang penting kepada industri pembuatan AS.

    Walaupun Beijing mengeluarkan kenyataan yang lebih berhati-hati, perkembangan ini dianggap sebagai kelegaan besar buat Apple dan syarikat-syarikat Amerika yang bergantung kepada rantaian bekalan dari China.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...