More

    vivo X300 Ultra dijangka dilancar, model ‘Ultra’ pertama untuk pasaran global

    vivo dilaporkan sedang bersiap untuk memperluaskan kehadiran vivo X300 Ultra mereka ke pasaran global yang merupakan model paling premium dalam siri X300. Berdasarkan penemuan terbaharu dalam pangkalan data GSMA IMEI dengan nombor model V2562, peranti ini berpotensi menjadi model Ultra pertama vivo yang dilancarkan di luar China.

    Sebelum ini, siri Ultra vivo seperti X90 Ultra kekal eksklusif untuk pasaran domestik. Jika benar, langkah ini menandakan perubahan strategi besar bagi vivo, sekaligus meletakkan syarikat itu dalam saingan terus dengan jenama seperti Samsung dan Xiaomi dalam segmen telefon ultra-premium.

    Tumpuan utama X300 Ultra adalah sistem kameranya yang dikatakan revolusioner, menampilkan dua sensor 200MP pada bahagian belakang di mana satu sebagai kamera utama bersudut lebar dengan sensor Sony besar dan satu lagi untuk kamera telefoto periskop 85mm. Ia juga dijangka mengekalkan kamera ultralebar 50MP serta kamera swafoto 50MP dengan autofokus.

    Daripada segi prestasi, X300 Ultra bakal dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16. Jika laporan ini tepat, pelancarannya dijangka bermula di China pada Januari 2026 sebelum hadir ke pasaran global menjelang akhir suku pertama tahun itu.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Smartprix

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured