More

    Tim Cook: Apple akan jalinkan lebih banyak kerjasama AI

    Apple mencatatkan prestasi kukuh bagi suku keempat tahun kewangan dengan hasil mencecah USD102.5 bilion, menurut laporan rasmi. Dalam temu bual bersama CNBC, CEO Apple, Tim Cook, berkongsi mengenai prestasi syarikat serta hala tuju masa depannya yang semakin tertumpu kepada kecerdasan buatan (AI).

    Cook menjelaskan bahawa permintaan tinggi terhadap iPhone 17 dan siri iPhone 16 masih berdepan kekangan bekalan yang menyebabkan beberapa model sukar diperoleh di pasaran. Walaupun begitu, Apple yakin momentum pendapatan positif akan berterusan hingga hujung tahun dengan unjuran pertumbuhan hasil suku Disember meningkat antara 10% hingga 12%.

    Cook turut mengesahkan bahawa Apple sedang bersiap untuk memperkenalkan versi baharu Siri yang dipertingkat dengan AI pada tahun depan. Pembantu maya tersebut sepatutnya dilancarkan lebih awal tahun ini, namun pelancarannya ditunda sekali lagi. Berdasarkan laporan terbaru, Siri versi baharu itu dijangka diumumkan sekitar Mac 2026.

    Selepas menjalin kerjasama dengan OpenAI pada 2024, Cook berkata Apple kini merancang untuk bekerjasama dengan lebih banyak penyedia teknologi AI bagi memperkukuh rangkaian Apple Intelligence. Walaupun beliau tidak menyebut nama syarikat tertentu, Cook menegaskan komitmen Apple untuk memperluas kerjasama strategik dalam bidang kecerdasan buatan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNBC

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured