More

    Aplikasi WhatsApp untuk Apple Watch kini boleh diuji pengguna iOS di TestFlight

    WhatsApp memperkenalkan beberapa ciri baharu dan penambahbaikan menarik dalam kemas kini beta minggu ini. Sorotan utama adalah pelancaran aplikasi WhatsApp untuk Apple Watch melalui TestFlight yang membolehkan pengguna membaca serta membalas mesej terus dari pergelangan tangan mereka.

    Aplikasi ini berfungsi sebagai sambungan kepada iPhone, menyokong notifikasi interaktif, mesej suara dan reaksi emoji untuk menjadikannya lebih mesra pengguna berbanding sokongan notifikasi asas sebelum ini. Walaupun masih bergantung pada sambungan iPhone, kemas kini ini menandakan langkah awal ke arah integrasi WhatsApp penuh pada peranti boleh pakai.

    Selain itu, WhatsApp sedang menguji beberapa ciri baharu lain termasuk gambar muka depan profil (cover photo), alat penciptaan pelekat (sticker) yang lebih pintar dan panggilan berasaskan nama pengguna (username-based calling). Foto muka depan memberi pengguna kebebasan menyesuaikan profil mereka seperti di Facebook atau LinkedIn yang lengkap dengan pilihan privasi tersendiri.

    Ciri pelekat baharu membolehkan pengguna mencipta dan menyimpan pelekat tanpa perlu menghantarnya terlebih dahulu. Sementara itu, panggilan berasaskan nama pengguna memperkukuh privasi dengan membolehkan komunikasi tanpa berkongsi nombor telefon menggunakan sistem penyulitan hujung ke hujung seperti panggilan biasa.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured