More

    Suunto Vertical 2 dilancar di Malaysia: AMOLED 1.5″, bateri 20 hari, 115 mod sukan bermula RM2,999

    Suunto Malaysia hari ini memperkenalkan jam tangan pintar baharu iaitu Suunto Vertical 2. Ia mempunyai pelbagai fungsi ukuran kesihatan canggih serta penjejakan sukan untuk bantu anda jalani gaya hidup sihat.

    Jam tangan ini didatangkan dengan peta luar talian percuma, GPS berbilang jalur dan amaran cuaca bagi memudahkan anda meneroka kawasan liar. Peta luar talian itu boleh menunjukkan garisan kontur, laluan dan ciri muka bumi bagi memastikan anda sentiasa berada di laluan yang betul.

    Untuk para pendaki, jam ini mempunyai Climb Guidance Suunto untuk mengemudi anda di laluan berbukit atau bergunung dengan menjejak profil ketinggian masa nyata, bahagian laluan berwarna dan notifikasi awal mengenai pendakian dan penurunan.

    Suunto mengatakan jam tangan ini dibuat daripada bahan tahan lasak seperti keluli atau titanium supaya ia boleh digunakan dalam cuaca panas, lembap atau hujan. Varian keluli ditawarkan dalam warna hitam, hijau pain, kelabu Artik dan Canyon manakala varian titanium ditawarkan dalam warna hitam dan sage.

    Ia juga mempunyai sensor kadar denyutan jantung optik yang membolehkan pengukuran berasaskan pergelangan tangan untuk menjejak latihan, pemulihan pemantauan kesihatan dalam semua keadaan.

    Skrinnya menggunakan panel AMOLED berukuran 1.5 inci dengan resolusi 466×466 dan ia boleh dikawal menggunakan tiga butang sisi. Ia turut mempunyai sebuah lampu suluh LED, mod cahaya merah untuk penglihatan malam serta fungsi keselamatan SOS dan mod denyutan jantung.

    Jam ini menyoknog 115 mod sukan untuk menjejak analisis latihan lanjutan, amaran cuaca, data altitud serta masa matahari terbit dan terbenam. Ia juga boleh disepadukan dengan lebih 300 perkhidmatan rakan kongsi untuk menambah kemampuannya.

    Baterinya boleh bertahan sehingga 20 hari atau sehingga 65 jam jika penjejakan GPS dalm mod dual-band diaktifkan.

    "
    "

    Suunto Vertical 2 akan dijual pada harga berikut:

    • Suunto Vertical 2 (keluli tahan karat): RM2,999
    • Suunto Vertical 2 (titanium): RM3,499

    Ia boleh didapati di Shopee, TikTok, Lazada, kedai Suunto Official Store dan pengedar-pengedar sah. Layari laman web Suunto untuk maklumat lanjut mengenai produk ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured