More

    ASUS ROG Rapture GT-BE19000AI dilancar sebagai penghala pertama dikuasakan AI

    ASUS Republic of Gamers (ROG) secara rasmi telah melancarkan ROG Rapture GT-BE19000AI iaitu penghala pertama di dunia yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI). Model ini menggabungkan prestasi tinggi, automasi pintar dan ciri AI terbina bagi pengalaman permainan, penstriman serta pengurusan rumah pintar yang lebih lancar.

    Penghala ini dilengkapi pemproses empat teras (quad-core) bersama RAM DDR4 4GB, storan 32GB dan unit pemprosesan neural (NPU). Ia membolehkan tugasan automasi dan AI dijalankan terus dari peranti tanpa perlu bergantung kepada komputer atau pelayan berasingan. Menariknya, GT-BE19000AI hadir dengan Docker Engine terbina lengkap dengan sokongan CLI dan Compose.

    Ini bermaksud pengguna boleh menjalankan aplikasi seperti AdGuard, Frigate atau pembantu rumah pintar terus dari router. Ia boleh menapis iklan, meningkatkan keselamatan pelayaran dan bertindak sebagai pusat kawalan untuk peranti pintar di rumah.

    Tambahan, ciri WiFi Insight mampu mengimbas gangguan isyarat pada semua saluran WiFi dan bukan WiFi, memaparkan laporan prestasi rangkaian serta menyesuaikan tetapan secara automatik untuk sambungan yang lebih stabil. Fungsi AI Game Boost pula mengurus trafik secara pintar dengan mengenal pasti peranti dan mengutamakan data permainan masa nyata.

    Ujian dalaman ASUS menunjukkan pengurangan latensi sehingga 34%. GT-BE19000AI menyokong WiFi 7 tri-band dengan saluran 320MHz dan 4096-QAM yang memberikan kelajuan mencecah 19Gbps. Ia turut menawarkan dua port 10G Ethernet dan empat port 2.5G dengan jumlah kapasiti sambungan berwayar sehingga 31Gbps serta menyokong link aggregation 20Gbps bagi penggunaan berintensif tinggi.

    Bagi sistem penyejukan, ASUS menggunakan plat aluminium 30% lebih tebal dan salutan nanokarbon yang meningkatkan kecekapan pelesapan haba sehingga 18%. Terdapat juga mod penjimatan tenaga untuk penggunaan yang lebih efisien.

    Daripada segi keselamatan, AiProtection memberikan perlindungan bertaraf perusahaan manakala Guest Network Pro membolehkan sehingga lima SSID berasingan untuk gaming, IoT, VPN atau akses tetamu dengan setiap satunya dengan kawalan kebenaran dan lebar jalur tersendiri.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: ASUS

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...