More

    OnePlus 15 akan dilancar di Malaysia pada 13 November 2025, pra-tempahan dibuka sekarang

    OnePlus telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru, OnePlus 15, di China pada minggu lalu dan kini ia disahkan bahawa ia akan dilancar di Malaysia pada 13 November 2025.

    Laman web khas untuk OnePlus 15 telah disenaraikan dalam laman web OPPO Malaysia (OPPO ialah syarikat yang memiliki OnePlus) dan pra-tempahannya akan dibuka pada hari Khamis, 13 November 2025.

    Harganya masih belum diumumkan, namun mereka yang ingin membuat pra-tempahan boleh membeli Deal Pack terlebih dahulu yang berharga RM50. Ia mempunyai produk bernilai RM368, termasuklah fon telinga wayarles OPPO Enco Buds 3 (bernilai RM129) dan sarung OnePlus 15 Aramid Fiber Magnetic Case (bernilai RM239).

    Anda perlu bayar RM50 untuk mendapatkan Deal Pack ini, namun apabila anda menerimanya bersama OnePlus 15 kelak, anda akan menerima rebat RM50 bersamanya jadi anda boleh anggap Deal Pack ini sebagai hadiah percuma. Pembelian Deal Pack telah bermula sejak 3 November lalu dan akan dibuka sehingga 13 November jam 6:00 petang.

    Kemudian, jika anda beli OnePlus 15 pada 13 November jam 10:30 malam di laman web rasmi, anda akan menerima OnePlus 15 dan Deal Pack dalam masa 24 jam berikutnya.

    Sebagai rujukan, OnePlus 15 merupakan sebuah telefon flagship yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, skrin AMOLED 165Hz 6.78 inci, bateri 7,300mAh, pengecasan pantas 120W, kamera utama 50MP + kamera telefoto 50MP + kamera ultra-lebar 50MP dan kamera hadapan 32MP.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 15 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured