More

    Spotify lancar Weekly Listening Stats, ciri baharu jejak citarasa muzik mingguan anda

    Spotify kini memperkenalkan Weekly Listening Stats iaitu ciri baharu yang membolehkan pengguna melihat statistik pendengaran mereka setiap minggu dalam bentuk paparan ringkas yang menyeronokkan dan mudah dikongsi.

    Menurut Spotify, fungsi ini membantu pengguna mengimbas semula muzik yang mereka mainkan, menampilkan artis dan lagu paling kerap dimainkan dalam tempoh empat minggu terakhir. Ia turut disertakan dengan senarai main yang diilhamkan daripada citarasa muzik pengguna termasuk cadangan trek yang mungkin ingin anda dengar seterusnya.

    Menariknya, setiap minggu pengguna akan menerima sorotan khas sama ada penemuan lagu baharu, detik penting atau momen sebagai peminat setia sesuatu artis. Spotify menyatakan bahawa fungsi ini direka untuk meraikan citarasa muzik unik setiap pengguna sambil mendorong mereka menemui kandungan baharu.

    Ciri ini ditawarkan kepada semua pengguna sama ada akaun percuma atau pelanggan Spotify Premium di seluruh dunia. Untuk mengakses statistik, pengguna hanya perlu menekan gambar profil dan memilih tab “Listening Stats”. Anda boleh melihat artis teratas, lagu kegemaran dan pelbagai pandangan menarik mengenai corak pendengaran masing-masing.

    Selain itu, pengguna juga boleh berkongsi statistik mingguan atau highlight pilihan terus ke media sosial melalui butang Share yang disediakan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Spotify

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...