More

    PUBG MOBILE perkenalkan kandungan khas bertemakan salji Frosty Funland

    PUBG MOBILE baru-baru ini memperkenalkan Kemas Kini Versi 4.1 yang menawarkan kandungan Frosty Funland bertemakan salji sempena perayaan Krismas yang semakin hampir. Kandungan ini boleh dimainkan sehingga 5 Januari 2026 dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk para pemain.

    Ia mempunyai mod bertema serba baharu dengan lokasi Penguinville dan Penguin Town dalam peta Erangel, Livik dan Vikendi. Terdapat watak-watak baharu seperti Ninja Penguin yang perkasa serta PowNin iaitu teman AI Penguin yang boleh gunakan pelbagai teknik untuk bantu pemain dan boleh diperintahkan dengan arahan suara dalam Bahasa Inggeris.

    Pemain boleh menaiki Kereta Salji Penguin atau bertarung melalui percubaan bertema untuk pencapaian eksklusif, serta menyelesaikan cabaran Kunci Peti Mel Parti bersama rakan-rakan untuk dapatkan sambutan dan pencapaian khas.

    Bermula 12 Disember 2025, anda boleh lihat pelbagai hiasan salji dalam peta Erangel dan Livik seperti Dewan Wintercrest di Snowy Vale, Pembesar Suara Kenderaan Musim Sejuk, acara Bunga Api Undur Tahun Baru dan berinteraksi dengan NPC penguin.

    PUBG MOBILE boleh dimuat turun daripada Apple App Store atau Google Play Store. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured