More

    Bukan semua varian Samsung Galaxy S26 akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5

    Dengan penghujung tahun 2025 yang semakin menghampiri, kita boleh jangkakan lebih banyak laporan mengenai siri Samsung Galaxy S26 yang mungkin akan dilancar pada awal tahun hadapan, seperti yang selalunya berlaku untuk siri Samsung Galaxy S Sebelum ini.

    Kini terdapat laporan mengatakan siri Galaxy S26 akan dilengkapkan dengan cipset yang berbeza, bergantung kepada pasaran. Majoriti unit Galaxy S26 akan dilengkapkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, manakala baki unit-unit lain akan dilengkapkan dengan cipset Exynos.

    Menurut sumber, 70% daripada Galaxy S26 dan Galaxy S26+ akan dilengkapi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5, manakala baki 30% akan dilengkapi cipset Exynos. Sungguh pun begitu, semua Galaxy S26 Ultra akan dilengkapi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5.

    Ini selari dengan laporan-laporan sebelum ini yang mengatakan kadar pengilangan cipset Samsung Exynos adalah agak rendah. Oleh yang demikian, Samsung mungkin akan menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan cipset Snapdragon.

    Jadi negara manakah yang akan menerima cipset Snapdragon atau Exynos? Menurut sumber, pasaran Amerika Utara akan menerima cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 untuk ketiga-tiga varian, manakala negara-negara Eropah dan Korea Selatan akan menerima Exynos 2600 untuk Galaxy S26 dan Galaxy S26+.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai pasaran Malaysia dan Asia Tenggara, namun besar kemungkinan kita akan menerima cipset Exynos seperti yang berlaku untuk siri Samsung Galaxy S24 pada 2024.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ET News

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured