More

    PUBG dan Balenciaga umum kerjasama fesyen mewah sehingga Disember ini

    PUBG: BATTLEGROUNDS dan PUBG MOBILE mengumumkan kerjasama eksklusif bersama jenama fesyen mewah Balenciaga untuk menawarkan pengalaman gaya tinggi dalam permainan serta keluaran koleksi kapsul dunia nyata. Kolaborasi ini berlangsung sehingga 14 Disember 2025 menampilkan item couture, peta baharu dan aktiviti khas komuniti.

    Kerjasama ini memperkenalkan ‘Couture Armor’ iaitu set pakaian dalam permainan lengkap dengan topi keledar, beg galas dan aksesori unik yang diinspirasikan daripada koleksi Couture Balenciaga di Paris. Pemain juga boleh membuka kunci kosmetik tambahan termasuk kacamata, topi, balaclava dan item bertema Balenciaga lain.

    Selain itu, mod World of Wonder (WOW) menawarkan peta baharu dengan papan iklan interaktif serta cabaran khas untuk menangi ganjaran eksklusif. Di dunia nyata, Balenciaga turut melancarkan koleksi kapsul PUBG yang dijual melalui butik terpilih serta Balenciaga.com di negara terpilih.

    Kolaborasi ini juga akan dipertontonkan di PUBG UNITED 2025 termasuk pemberian jaket pengebom Balenciaga kepada pasukan pemenang sebagai penghargaan khas. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured