More

    Siri OPPO Reno15 dilancar: Dimensity 8450, AMOLED 120Hz, kamera 200MP bermula ~RM1,760

    OPPO baru-baru ini melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru di China iaitu OPPO Reno15 Pro dan OPPO Reno15. Seperti telefon-telefon dalam siri Reno sebelum ini, ia mempunyai rekaan yang cantik dan menawarkan fungsi fotografi yang bagus untuk kelasnya. Berikut adalah maklumat penuh untuk kedua-dua model:

    OPPO Reno15

    Reno15 mempunyai skrin AMOLED berukuran 6.3 inci dengan resolusi 2640×1216, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 3,600 nits. Ia turut mempunyai pengimbas cap jari optikal dalam skrin.

    Cipsetnya menggunakan MediaTek Dimensity 8450, manakala baterinya berkapasiti 6,200mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 80W.

    OPPO Reno15

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 200MP dengan sensor 1/1.56 inci dengan OIS, kamera telefoto periskop 50MP dengan zum optikal 3.5x dan OIS dan kamera ultra-lebar 50MP. Di hadapan, terdapat kamera swafoto 50MP.

    Ia turut mempunyai rangka besi, rating kalis air IP66/68/69, pembesar suara stereo serta sokongan wayarles Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.4 Sistem operasinya adalah Android 16 dengan ColorOS 16.

    Ia akan ditawarkan dalam pilihan warna Aurora Blue, Canele Brown dan Starlight. Di China, ia dijual pada harga bermula CNY2,999 (~RM1,760) untuk varian 12GB+256GB.

    OPPO Reno15 Pro

    Reno15 Pro mempunyai skrin AMOLED yang lebih besar, berukuran 6.78 inci dengan resolusi 2772×1272, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 3,600 nits. Ia turut mempunyai pengimbas cap jari optikal dalam skrin.

    Cipsetnya sama seperti Reno15, namun baterinya lebih besar sedikit iaitu 6,500mAh. Kadar pengecasan masih sama pada 80W, namun ia menyokong pengecasan wayarles setinggi 50W.

    "
    "
    OPPO Reno15 Pro

    Lain-lain spesifikasi seperti kamera, sokongan wayarles, rating kalis air dan sistem operasi masih sama seperti Reno15 standard. Perlu diingati bahawa Reno15 Pro lebih berat sedikit iaitu 205 gram berbanding 188 gram pada Reno15 standard.

    Ia akan ditawarkan dalam pilihan warna Canele Brown, Honey Gold dan Starlight. Di China, ia dijual pada harga bermula CNY3,699 (~RM2,170) untuk varian memori 12GB+256GB.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya untuk pasaran Malaysia, namun besar kemungkinan ia akan dilancar pada awal tahun hadapan. Sebagai rujukan, siri Reno13 dilancar di Malaysia pada Januari 2025 dan siri Reno14 pula dilancar di Malaysia pada Julai 2025.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured