More

    Gobind: Aplikasi MyGOV selamat, tidak simpan data peribadi rakyat

    Menteri Digital Gobind Singh Deo hari ini berkata aplikasi MyGOV Malaysia yang menggunakan MyDigital ID sebagai identiti pengesahan digital telah dibangunkan mengikut piawaian keselamatan bertaraf antarabangsa. Ini bermaksud ia tidak menyalin atau menyimpan data peribadi rakyat.

    Setiap perkhidmatan yang disepadukan dalam sistem MyGOV telah pun menjalani ujian keselamatan, pematuhan standard perlindungan data, penilaian risiko dan audit sistem terlebih dahulu.

    MyGOV merupakan sebuah platform penyampaian perkhidmatan yang tidak menyimpan data peribadi rakyat kerana ia dilakukan melalui API (Application Programming Interface). Data akan kekal selamat di sistem agensi masing-masing.

    Kementerian Digital akan terus pantau setiap perkhidmatan yang ditawarkan dalam aplikasi MyGOV menurut undang-undang negara seperti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dan Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854).

    Sejak pelancarannya pada Ogos lalu, aplikasi MyGOV versi beta telah dimuat turun sebanyak 113,000 kali. Ia merupakan sebuah aplikasi yang menyediakan 36 perkhidmatan daripada 13 agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan MySejahtera.

    Kementerian Digital merancang untuk menambah 16 lagi perkhidmatan melalui proses integrasi teknikal, termasuklah:

    • Pembaharuan lesen memandu
    • Pembaharuan cukai jalan
    • Pembaharuan saman JPJ dan PDRM
    • Pembayaran bil utiliti
    • Pemotongan dan pembayaran zakat
    • Pembayaran saman dan cukai untuk pihak berkuasa tempatan (PBT)
    • Permohonan MyKad gantian
    • Permohonoan wang tidak dituntut melalui sistem eGUMIS
    • Portal Manfaat bawah Kementerian Kewangan

    Anda boleh muat turun aplikasi MyGOV di Apple App Store atau Google Play Store. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured