More

    Cloudflare sahkan gangguan berpunca daripada isu dalaman, bukan serangan siber

    Cloudflare yang merupakan penyedia infrastruktur internet global yang digunakan jutaan laman web telah mengalami gangguan besar yang menyebabkan pengguna seluruh dunia melihat mesej ralat dan tidak dapat mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian. Insiden berlaku semalam sekitar jam 8 malam waktu Malaysia apabila Cloudflare melaporkan sebahagian perkhidmatannya tergendala.

    Kira-kira tiga jam kemudian, Cloudflare mengesahkan bahawa pembaikan telah dilaksanakan dan mereka sedang memantau pemulihan trafik secara berperingkat. Menurut kenyataan rasmi, punca gangguan dikenal pasti berpunca daripada fail konfigurasi automatik yang dihasilkan untuk mengurus trafik ancaman.

    Fail tersebut berkembang melebihi saiz dijangka, lalu menyebabkan sistem perisian tertentu yang mengendalikan trafik Cloudflare mengalami kegagalan dan lumpuh. Cloudflare turut menegaskan bahawa tiada bukti aktiviti jahat terlibat dan isu tersebut berpunca sepenuhnya daripada ralat dalaman pada penghasilan konfigurasi.

    Gangguan ini memberi kesan kepada pelbagai laman dan aplikasi di seluruh dunia termasuk platform perniagaan, media, API dan penyedia AI yang menggunakan Cloudflare sebagai penghalang DDoS dan rangkaian penghantaran kandungan mereka.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Cloudflare

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured