More

    HUAWEI Malaysia tawarkan perkhidmatan pelanggan yang terbaik untuk anda

    Bagi memenuhi keperluan para pengguna yang semakin tinggi, HUAWEI Malaysia ingin membuktikan bahawa mereka menyediakan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi kepada anda. HUAWEI Service kini menawarkan perkhidmatan pasca jualan yang berdedikasi dan menetapkan standard baharu untuk industri teknologi pengguna.

    Jika anda membeli peranti HUAWEI, ia bukan sahaja bermaksud anda memiliki peranti dengan teknologi terkini, malah anda boleh dapatkan rangkaian perkhidmatan di lebih sepuluh negara dan wilayah termasuklah Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Jepun, Hong Kong dan Macau.

    Sokongan pasca-jualan ini ditawarkan dalam sembilan bahasa bagi memastikan pelanggan boleh menutur dalam bahasa yang paling selesa dengan mereka.

    Berbeza dengan sesetengah jenama lain, HUAWEI komited untuk memastikan peranti-perantinya boleh berfungsi dengan baik sepanjang hayat penggunaannya. Ia mempunyai beberapa program khas seperti Free Expert Solution, Cleaning and Refresh, Diagnosis, System Renewal dan Round-trip Shipping.

    Jika anda ingin membaiki peranti, HUAWEI menawarkan perkhidmatan ambil dan pulang Postal Repair Service dari mana-mana tempat yang anda inginkan. Ia akan dihantar ke HUAWEI Authorised Service Centre untuk semakan dan pembaikian.

    Semua pembaikian akan dilaksanakan oleh juruteknik terlatih sambil menggunakan komponen tulen. Anda juga boleh dapatkan pelan perlindungan HUAWEI Care Plus untuk dapatkan perlindungan premium yang menyediakan perlindungan untuk kerosakan yang tidak disengaja dan penggantian bateri dalam tahun pertama. Pelan ini akan disediakan secara percuma untuk peranti-peranti flagship seperti siri HUAWEI Pura80.

    Pelanggan di Malaysia boleh hubungi talian 1800 22 0086 untuk dapatkan bantuan. Ia beroperasi setiap hari pada jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang. Selain itu, anda boleh dapatkan sokongan melalui aplikasi MY HUAWEI App yang boleh menunjukkan lokasi perkhidmatan berhampiran dan status pembaikian.

    Anda juga boleh dapatkan bantuan melalui chatbot HUAWEI AI Live Chat yang disediakan selama 24 jam pada setiap hari di Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia. Jika chatbot tersebut tidak boleh menjawab persoalan anda, ia akan memindahkan anda kepada seorang agen perkhidmatan pelanggan untuk bantuan lanjut.

    "
    "

    Sebaik sahaja pembaikian siap, anda boleh pilih kaedah untuk dapatkan semula peranti anda dan terima butiran pengesahan serta-merta.

    HUAWEI Authorised Service Centre juga menyediakan perkhidmatan penjagaan Service Upgrade Programme seperti pembersihan Cleaning and Refresh dan pembaharuan System Renewal.

    Anda juga boleh sertai HUAWEI Service Day yang akan menggalakkan para pengguna untuk hantar peranti-peranti mereka ke pusat servis HUAWEI untuk pembersihan dan naik taraf percuma.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured