More

    Fujifilm instax mini LiPlay+ kini rasmi di Malaysia dengan ciri swafoto berharga RM938

    Sebulan selepas pelancaran global, Fujifilm akhirnya membawa instax mini LiPlay+ ke Malaysia sebagai pengganti kepada model mini LiPlay sebelum ini. Kamera hibrid terbaharu ini masih mengekalkan fungsi utama sebagai peranti dua-dalam-satu iaitu kamera serta pencetak foto untuk telefon pintar.

    Namun, kali ini ia hadir dengan beberapa peningkatan yang lebih relevan untuk pengguna moden. Daripada segi rekaan, mini LiPlay+ mengekalkan bentuk kompak dengan kemasan bertekstur yang menyerupai gaya segi empat. Ia dilengkapi sensor CMOS 1/5 inci bersama lensa 28mm (f/2) manakala bahagian depan kini menambah satu lagi kamera swafoto sudut lebar 23mm (f/2.2).

    Ia ditempatkan betul-betul di atas paparan LCD 3 inci. Model baharu ini turut memperkenalkan Layered Photo Mode iaitu ciri yang membolehkan pengguna menggabungkan swafoto dengan gambar latar belakang yang dirakam menggunakan kamera utama untuk menghasilkan satu imej kreatif.

    Selain itu, fungsi Sound membenarkan audio pendek disertakan bersama gambar dan akan dipaparkan melalui kod QR pada cetakan fizikal. Untuk pengguna yang ingin menghasilkan kandungan lebih menarik, terdapat juga Sound Album yang boleh menggabungkan sehingga sepuluh gambar beraudio ke dalam satu tayangan slaid.

    Untuk pasaran tempatan, Fujifilm instax mini LiPlay+ ditawarkan dalam dua warna iaitu Sand Beige dan Midnight Blue. Ia hadir sebagai instax mini LiPlay+ Soft Bundle yang turut menyertakan sekotak filem plain dijual pada harga RM938. Bagi filem Soft Glitter pula, ia dijual berasingan pada harga RM42.

    Dalam pengumuman sama, Fujifilm turut melancarkan kamera X-T30III untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured