realme mengumumkan Anugerah Fotografi realme yang menawarkan hadiah tunai terkumpul melebihi RM265,000 bersempena pelancaran telefon mercu terbaharu iaitu realme GT 8 Pro. Pertandingan terbuka kepada semua pengguna peranti realme dan akan berlangsung sehingga 30 Jun 2026.
Anugerah ini menampilkan empat kategori utama seperti Real Street Moments, Real Travel Moments, Real Celebration Moments dan Real Everyday Moments. Para peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai, peranti realme terkini dan peluang kontrak kolaborasi dengan realme.


Semua penyertaan mestilah gambar asli yang dirakam menggunakan peranti realme dan perlu dihantar melalui laman web rasmi anugerah. Sebagai penaja rasmi, realme GT 8 Pro dilengkapi dengan sistem kamera telefoto 200MP hasil kerjasama dengan RICOH GR yang menawarkan kualiti optik terbaik dengan kanta 7P High-Transmittance untuk memastikan 97% transmisi cahaya.
Telefon mercu ini juga menawarkan keupayaan rakaman video profesional termasuk 4K120FPS Dolby Vision dan 8K30FPS didukung oleh pemproses Snapdragon 8 Elite Gen 5. realme GT 8 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 24 November 2025 dengan tempahan kini dibuka yang menawarkan hadiah percuma bernilai RM1,197.

Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah fotografi dan spesifikasi telefon, anda boleh layari laman web dan media sosial rasmi realme Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







