More

    realme GT 8 Pro bakal dilancar secara rasmi di Malaysia pada 24 November ini

    realme bakal melancarkan siri mercu terbaharu iaitu realme GT 8 Pro secara rasmi di Malaysia pada 24 November 2025 yang membawa reka bentuk sistem kamera premium hasil kolaborasi empat tahun bersama RICOH GR. Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan gabungan tri-chip (termasuk Hyper Vision+ AI Chip dan Signal Catcher Chip).

    Fokusnya adalah pada kuasa pemprosesan tinggi untuk pengalaman gaming dan multi tugas yang lancar. Sistem kamera utamanya menggunakan sensor 200MP Sony IMX bersama teknologi optik GR lengkap dengan tona filem klasik (Positive, Negative, Hi-Contrast B&W) serta mod Snap Focus dan immersive framing.

    Tempahan awal dibuka dari 12 hingga 28 November 2025 dengan deposit RM50 di realme Brand Store. Pembeli awal menerima hadiah bernilai RM1,197 termasuk rebat RM200, realme Watch 5, Detachable Camera Deco Set (untuk edisi standard), Buds Clip PWP dan waranti tambahan satu tahun. Siri ini hadir dalam dua varian iaitu realme GT 8 Pro dan GT 8 Pro Dream Edition.

    realme turut memperkenalkan “World’s First Switchable Camera Deco Design” iaitu hiasan kamera boleh tukar yang boleh direka sendiri melalui MakerWorld (Bambu Lab) dengan pertandingan berlangsung sehingga 20 Disember 2025.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...