More

    Hotlink Travel SIM kini dengan kelajuan tanpa had dan pilihan eSIM, bermula RM35

    Hotlink baru-baru ini telah mengumumkan peningkatan besar untuk Hotlink Travel SIM dengan membuka akses kelajuan data tanpa had bagi semua pengguna. Sebelum ini, kelajuan disekat pada 12Mbps, namun kini pelanggan boleh menikmati rangkaian 5G penuh tanpa sebarang had ketika berada di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

    Ini adalah untuk memastikan pengalaman penstriman, navigasi dan perkongsian di media sosial berjalan lebih lancar sepanjang perjalanan. Bagi memudahkan lagi proses pengaktifan, Hotlink turut memperkenalkan versi eSIM untuk pelan RM35. Pengguna boleh mengaktifkannya serta-merta melalui aplikasi Hotlink tanpa perlu memasang SIM fizikal.

    Pelan RM35 menawarkan tempoh sah 15 hari, kelajuan tanpa had dengan FUP 100GB, liputan di empat negara serta panggilan tanpa had dalam Malaysia. Untuk pengguna dengan keperluan lebih panjang, Hotlink Travel SIM RM60 hadir dengan tempoh sah 30 hari, kelajuan tanpa had dengan FUP 200GB, liputan sama di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia serta panggilan tanpa had dalam negara.

    Hotlink Travel SIM RM60 boleh didapati di Maxis Centre di KLIA Terminal 1 dan 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Penang serta beberapa lokasi tumpuan pelancong terpilih. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Hotlink

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured