More

    Maxis perkenalkan pelan khas bagi mudahkan anda dapat iPhone baru setiap tahun

    Maxis baru-baru ini memperkenalkan program Maxis Yearly Upgrade iaitu sebuah pelan yang memudahkan para pelanggannya untuk naik taraf kepada iPhone terkini pada setiap tahun, tanpa perlu menunggu pelan ansuran peranti mereka tamat.

    Ketua Perniagaan Pengguna Maxis Loh Keh Jiat berkata Maxis sedar bahawa ramai pelangannya, terutamanya peminat teknologi, ingin sentiasa mengikuti inovasi terkini. Pelan ini akan memudahkan para pengguna memiliki inovasi terkini oleh iPhone sambil mengekalkan pelan Maxis.

    Dengan Maxis Yearly Upgrade, pilihan untuk menaik taraf akan dibuka 12 bulan sebelum tarikh tamat pelan ansuran peranti. Jika anda memilih untuk menaik taraf, anda boleh menukar telefon sedia ada yang masih berada dalam keadaan baik kepada sebuah iPhone terkini pilihan anda, tanpa sebarang kos tambahan.

    Pelan ini hanya disediakan untuk pelanggan iPhone Maxis yang melanggan Maxis Postpaid 139 dan ke atas dengan pelan ansuran peranti (Maxis Zerolution).

    Jika anda telah pun beli mana-mana telefon dalam siri iPhone 17 melalui pelan ini, anda layak untuk menaik taraf kepada iPhone generasi baharu pada tahun hadapan. Perlu diingati bahawa pelanggan iPhone Air tidak layak menerima pelan ini.

    Untuk pelanggan sedia ada yang memiliki siri iPhone 16, iPhone 15 atau ke bawah, anda juga boleh mendapatkan pelan Yearly Upgrade dengan melanggan kepada pelan Maxis Postpaid 139 dan ke atas.

    Layari laman web Maxis untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured