Selepas nubia V80 Design dilancar di Malaysia pada awal bulan ini, kini sebuah varian baharu telah diperkenalkan iaitu nubia V80 Pro. Rekaannya hampir sama dengan nubia V80 Design, namun dengan perbezaan pada kamera.
Telefon ini dilengkapi skrin 6.75 inci dengan resolusi 900×1940 dan kadar segar semula 120Hz. Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset Unisoc T7280, RAM 8GB, storan dalaman 256GB dan bateri 5,000mAh. Sistem operasinya menggunakan Android 16.

Di belakang, ia mempunyai kamera utama 108MP dan dua lensa tambahan. Untuk kamera hadapan pula, ia mempunyai kamera 16MP. Ia mempunyai ukuran 166 x 79 x 7.7mm dan berat 195 gram.
Ia turut mempunyai pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm dan menyokong rangkaian 4G sahaja.
Ia sudah diumumkan untuk pasaran Mexico, namun setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena







